Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Friday, October 17, 2008

PERSATUAN ANAK-ANAK SEMENANJUNG(PERKASA)

Assalamualaikum.

Rasanya ramai yang tertanya-tanya kenapalah perlunya ada persatuan anak-anak semenanjung pulak... nampak macam assabiyyah la pulak. Bukan begitu...nie la kalam rasa terpanggil nak memaklumkan hasrat kita untuk mewujudkan persatuan ini.

Untuk makluman semua perantau bukan sekadar kat Keningau ni tapi seluruh Sabah. Persatuan ini sedang dalam proses pendaftaran. Sekarang kerja-kerja mendapatkan data dan maklumat ahli sedang dijalankan. kalam diamananhkan untuk menguruskan di kawasan pedalaman atas iaitu di daerah Keningau, Tenom, Tambunan, Nambawan dan juga Sook.

Kenapa nak diwujudkan persatuan nie; jawapan mudah saja:

  • Persatuan ini bertujuan menjaga kebajikan anak-anak semenanjung yang merantau ke Sabah. Fokus kita yang utama ialah hal-hal kebajikan. Cth: kematian, sakit atau demam dan sebagainya.
  • Sebagai satu saluran kepada semua perantau bagi menyatakan hasrat untuk disuarakan ke peringkat atasan. Cth: seperti yang kalam faham, kalau guru-guru yang baru dipostingkan ke Sabah, tetapi tempat ia dipostingkan itu tidak sesuai sepertimana yang berlaku hari ini,maka persatuan insya Allah akan berusaha untuk menyuarakan cadangan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerana sekiranya persatuan ini kuat, insya Allah suara kita akan didengar....betul tak...betul betul betul....
  • Nak cari jodoh kat sini pun boleh..heheheh
  • Memberi rasa kebersamaan serta sebagai tempat bernaung. Maklumlah...adat orang merantau..kalau ada orang yang ambil cakne kan rasa best kan...
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim dan meluaskan jaringan kenalan...
  • Banyak lagi la...yang lain-lain tu kau fikir la sendiri.....hehehehehe
Borang tu boleh didapati dengan Ust Kamal. No tel...tengok kat ruangan iklan tu....

Sunday, October 12, 2008

Aidilfitri Bersama Masyarakat Islam Nabawan

Baru-baru ini kalam dan beberapa teman yang lain berkesempatan hadir ke majlis Sambutan Aidilfitri bersama masyarakat islam Nabawan. ramai juga yang datang. Lebih kurang 300 hingga 400 orang. Umat Islam dihimpunkan dari seluruh kampung di Nabawan termasuk Pensiangan dan Pergalungan. Subhanallah...sambutan agak sederhana tetapi meriah sekali. Apa yang manarik perhatian kalam, program tu bukan sekadar majlis makan-makan saja, tapi ada program motivasi dan sedikit ceramah yang disampaikan oleh orang-rang yang hebat seperti Ust Januar, En. Hisamuddin Sulaiman dan Cg Anuar Alidari Yayasan Amal. Tumbang juga seekor lembu. Dari Keningau; ada beberapa buah keluarga yang turut serta termasuk keluarga Ust saiful, Ust Zakri, Ust Januar, Ust Syakir dan beberapa wakil muslimat dan ustaz-ustaz (bujang lagi....hehehehe). Program tersebut dianjurkan bersama oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan JAKIM. Nie dia gambar-gambarnya.....Kerja-kerja gotong-royong mula dijalankan pada awal pagi lebih kurang jam 7.00 pagi. dah ramai dah masa tu...kalam dan sahabat yang lain sampai pada masa tu dah ramai masyarakat islam yang datang. Rupa-rupanya ramai juga masyakat Islam kat bumi Sabah nie. nak habaq mai kat kawan-kawan juga...kalam tak lepaskan peluang jumpa dengan sahabat-sahabat pendidik di nabawan. Syoknya..lama tak jumpa depa...sempat juga tanya pasal gerak kerja dakwah kat sana...Alhamdulillah kata nabawan Ustaz Syamsul....jadi pengerusi Masjid di Nabawan...nak tau pasai apa...hahahaha...dia kawin dengan orang tempatan....so..paham-paham la no. Akhir sekali kalam nak tambah...orang islam kat Nabawan nie memang ramai...tapi macam mana dengan Islam diaorang adakah mendapat perhatian....sapa nak dipersalah...jangan salahan bapa yang tak boleh nak mengamdung.

Kalam kata: Tepuk Dada Tanya Diri...

Tuesday, October 7, 2008

Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya


Ustaz Zainudin Hashim

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.

Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.

Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.

Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?

Tepuk dada tanda iman! - mks.

..//copied and pasted from harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...