Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Friday, April 15, 2011

Utusan dan Adab Songsang Cari Kebenaran

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.
Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.
Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.
Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.
Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.
Soal maruah
Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.
Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.
Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.
Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.
Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.
Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.
Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.
Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.
Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Thursday, April 7, 2011

TAHNIAH! Akhirnya Datuk Mufti selangor Bersuara

Setelah banyak tekanan yang dibuat oleh banyak pihak terutama rakyat jelata kepada golongan agamawan terutamanya mufti negara ini,akhirnya mufti Selangor Sahibus Samahan Datuk Mohd Tamyes bin Abdul Kadir membuat kenyataan mengutuk tindatan Datuk T yang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kumpulan yang mengedarkan video lucah dengan tujuan kepentingan pilitik mereka disifatkan sebagai rendah moral dan menyalahai garis panduan agama. Bukan sekadar pihak yang menyebarkannya, bahkan semua pihak yang telah emngembar-gembur berita palsu yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas adalah suatu fitnah dan pihak media yang bersekongkol dengan kerja-kerja penyebaran berita fitnah ini juga akan terpalik dengan dosa yang sama.




MANA MUFTI-MUFTI YANG LAIN.

Walaupun isu ini sedikit sebanyak dijawab oleh Datuk Mufti Selangor selaku negeri di bawah Pakatan Rakyat sedangkan isu, rakyat sebenanrnya masih menanti respon daripada mufti-mufti yang lain terutama dari negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Ulama seharusnya lebih rasa bertanggungjawab untuk memberikan teguran dan nasihat kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kerja-kerja yang tidak bermoral ini. ini bukan sekadar isu pilitik, bahkan ini isu kehirmatan Islam dan umatnya sendiri. Sedangkan Islam ada peraturan, cara dan  kaedahnya yang tersendiri dalam menangani isu-isu sebegini dengan mengambil kira maruah individu atau kumpulan yang dipersalahkan. Jangan biarkan rakyat dididik dengan budaya lucah yang merosakkan itu.

Wednesday, April 6, 2011

FITNAH: Akhirnya Akan Makan Diri



Sudah semestinya perancangan Allahlah yang paling tepat. Pelbagai cara cuba diusahakan walaupun tanpa mengambil kira batasan dan garis panduan agama. Asalkan dapat terus berkuasa menahan takhta yang didakwa milik UMNO yang punya. Apa sebenarnya helah mereka nie...kononnya nak cari kebenaran bahawa Anwar memang lelaki jahannam yang perlu dimusnahkan. Tetapi hakikatnya kebenaran akan terus terserlah akhirnya. Kata Ketua polis negara, Tan sri Ismail Omar, "siasatan sudah di peringkat akhir". Maknanya siasatan hampir sudah selesai tanpa dipanggil orang yang dituduh dan pihak yang terlibat. Apa punya penyiasatan. Bukankah polis malaysia sentiasa mengagungkan slogan "Tegas Adil Berhemah". Adakah berhemah maksudnya sekiranya pihak yang dipersalahkan tidak disoalsiat kebenarannya. adakah adil namanya sekiranya saksi yang terlibat lansung tidak dilibatkan dalam siasatan. Pelik, pelik....Mungkin itulah tafsiran hebatnya polis Malaysia.

Dan yang lebih pelik lagi, dalam sibuk-sibuk malaysia dan rakyatnya ditimba krisis fitnah yang dahsyat, mufti-mufti Malaysia asyik sibut dok bincang pasal tarian poco-poco. Sedangkan tarian tu dah lama diamalkan di negara ini. Bukan soal tarian itu tak penting, tapi kenapa sekarang baru dok sibuk. takkan setakat itu sahaja kesedaran mufti-mufti kita. mana Dato harussani yang dulunya lantang bercakap walaupun terpaksa menuding kesalahan kepada pihak kerajaan. Hari ini, diam tanpa sebarang komen walaupun sudah banyak media mendesak agar institusi ulama bersuara. Bukan suruh jadi hakim tapi nyatakan pendapat dan pendirian agama atas isu fitnah ini.....apa hukumnya....kenapa media masih bercakap walau belum ada kebenarannya...apa hukumnya pula...apa yang harus rakyat lekukan dengan isu sebegini....Awas berhati-hati dengan peringtana Rasulullah bahawa ulama jangan jadi SYAITAN BISU....

Semua rakyat maklum bahawa ini adalah satu lagi sandiwara najib untuk meraih sokongan rakyat terutama dalam musim-musim pilihanraya Negeri Sarawak nie...


DIAM-DIAM HARGA MINYAK NAIK PULAK..

Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain. Adakah ini transfomasi Najib untuk rakyat????

Jika Bukan Anwar, SIAPA?


Siapa Yang Seiras Dengan Anwar Dalam Video? Perlu kepada satu siasatan siapa yang seiras tapi tak serupa dalam video seks datuk T. Video itu kepunyaan siapa sebenarnya? Soalan menarik siapakah yang memiliki wajah seiras atau mirip Anwar?


Video seks: Siasat juga seiras tapi tak serupa Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.


Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.


Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi – bapa kemerdekaan India. Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Berbalik kepada politik Malaysia… bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim, tidak pernah leka dari tatapan ramai kerana wajahnya seiras dengan Anwar. Malah tidak keterlaluan mengatakan ketika bintang Anwar “bersinar” dalam Umno, Suhaimi turut mendapat tempat di bawah naungan parti itu.


Kenapa hitam putih? Apabila jatuh Anwar (dalam Umno), maka pudarlah dunia politik Suhaimi. Semua ini menjurus kepada peringatan bahawa siasatan polis terhadap video lucah yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ harus memperinci kemungkinan pelakunya adalah seorang yang mirip wajah Anwar. Tidak kira sama ada polis akan bergantung kepada keterangan Yusry KRU atau mendapatkan maklum balas pakar lain – yang penting ialah mengesahkan siapa pelaku dalam video itu.


Kali ini tidak cukup untuk polis mengesahkan video lucah ‘Datuk T’ adalah “ori” tanpa pengesahan siapa pelaku seks didalamnya. Dunia akan dan sentiasa, penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras, tidak kira sama ada orang itu adalah Musa Hassan atau Ben Kingsley dan Mathma Gandhi. Naluri polis tentunyaterangsang untuk mengetahui kenapa rakaman video itu dalam hitam putih dan bukan warna, seperti lazimnya untuk rakaman CCTV hari ini.

Polis juga rasanya mahu mengetahui kenapa Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menyembunyikan identiti mereka apabila mengatur majlis pra-tonton video ini pada minggu lalu di Hotel Carcosa Seri Negara. Mereka hanya mengakui mendalangi video itu selepas PKR membongkar identiti mereka, itu pun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Hanya ambil jam? Jika Eskay dihantar kembali ke hotel itu pada 21 Februari, kononnya hanya untuk mengambil semula jam tangan Anwar yang tertinggal, bagaimana beliau boleh muncul dalam rakaman berkenaan? Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan Eskay sendiri mempunyai iras wajah Anwar dari sudut tertentu.


Apa yang pasti ialah rakyat tidak percaya Eskay “terserempak” dengan rakaman video lucah dan tiba-tiba bertindak mahu mendedahkan siapa Anwar demi “agama, bangsa dan negara.” Ini kerana beliau sendiri pernah mendakwa kerap membawa Anwar ke tempat- tempat maksiat seumpama ini. Percanggahan pegangan moral Eksay pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

Monday, April 4, 2011

Orang Melayu Gagal Keluar Kemelut Krisis Peradaban

Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.


PETALING JAYAMasyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.

Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.

“Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.


“Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?

Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.

“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

Friday, April 1, 2011

Nilai Manusia Melayu Baru Dari Sudut Pandang Hishamudin Rais


BUNUH, ROGOL, RASUAH DAN NILAI MELAYU

Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerajaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...