Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Tuesday, August 18, 2009

Mangsa kebakaran menerima sumbangan

Sumbangan diberikan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa kebakaran
Keadaan rumah mangsa selepas 10 minit

Sumbangan diperlukan Mangsa Kebakaran

16 Ogos 2009, kira-kira jam 3.35 petang, sebuah rumah di perumahan Ust Hj Md Zain telah hangus terbakar. Apa yang lebih menyedihkan lagi...seramai 9 orang penghuni yang menyewa di rumah tersebut kini terpaksa menumpang di rumah-rumah kawan-kawan sekitar. Difahamkan bahawa, tiada yang dapat diselamatkan dari tragedi kebakaran tersebut. Hanya yang tingga sekarang ialah apa yang meleat ditubuh. Sebanyak lapan buah laptop hangus terbakar di samping semua dokumen-dokumen penting beserta dompet.

Kebakaran yang sangat tragis itu dikatakan menghanguskan dua unit rumah itu dalam masa sepuluh minit sahaja. Hari Isnin(17 Ogos 2009), kutipan kilat untuk didermakan kepada mangsa kebakaran dilancarkan. Antara yang sangat-sangat diperlukan buat masa ini ialah bantuan dari segi pakaian. Oleh itu, mohon perhatian kepada sesiapa yang membaca blog ini agar dapat menghulurkan sumbangan seikhlas mungkin. Sila hubungi ustaz Kamal (013-8864688), Sdr Hisamuddin(019-8622790), Ust Romzan(013-9460807)untuk menyumbang. Nama-nama ini bukanlah mangsa kepada kebakaran tersebut. Namun, sekiranya tuan-tuan dana puan-puan mengenali mangsa-mangsa kebakaran tersbut boleh juga membuat sumbangan terus kepada mangsa berkenaan.

Tuesday, June 16, 2009

Pengajian Intensif Hadis 40 Imam Nawawi

Oleh:
Al-Ustaz Sheikh Muhammad Zainul Asri Ramli Al-Kedahi
(Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Hadis
& Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum Kedah)


Tempat :
Surau Riadhus Solehin
(Tmn. Austral, Putatan)

Tarikh:
20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa :
8.00pg - 5.30ptg

Hubungi Urusetia:
012-493 5689
019-980 5689

Tempat Adalah Terhad!!!

Selamat kembali

Asslamualaikum,

Selamat kembali bertugas kepada semua para pendidik...maaflah kalau bolog nie tak sempat nak di updatekan. Bukan sengaja tak nak update. tapi ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

  1. Pertama, untukmakluman semua kalam baru sahaja pindah rumah.. jadi line internet belum disambung. lama jugak TM buat kerja. dah masuk dua bulan pindah tapi tak dapat buat connection. nie pun terpaksa guna broadband. maklumlah kalau guna broadband...punya la lambat
  2. Memang akhir-akhir nie kalam memang sibuk sampai tak sempat nak tengok blog pun.
Walaubagaimanapun, kalau ada di antara teman-teman yang bersedia menjadi editor...kalam sangat-sangat mengalukan. hantar e-mail ke i_mind2004@yahoo.com.

Cerita tak best...

Nie yang kalam dengar dari sumber yang sangat boleh dipercayai....tidak berhajat nak dinyatakan kat sini secara terperinci..tapi sebagai nasihat kalau ada di antara teman-teman, rakan-rakan kia yang ada buat perkara yang perlu ditegur tu...harap-harapnya tegurlah....kita kan berada di tempat orang. kalau hidup nafsi-nafsi memang akan dibawa arus. kita datang ke bumi Sabah nie dengan niat yang baik, menyampaikan ilmu kepada anak bumi Sabah selain mencari rezeki yang halal kan...tapi kalau kita bawa label tak bagus kepada warga semenanjung macam mana pulak kan....
Moral....jagalah tepi kain orang tapi jangan masuk dalam kain....

Thursday, April 2, 2009

Hukum Sambut April Fool-Lagu Mano Pulok

Dikisahkan ade sowang suami yang cukup sengal dan sowang isteri yang bese2 je.Pada 1 april,suami yang sengal ni dengan niat nak bergurau telah memanggil isterinya.Apabile isteri yang bese2 ni muncul di hadapannya,suami yang sengal ini telah mengucap ,”aku ceraikan engkau dengan talak 1!”Mendengarkan ucapan suaminya yang sengal itu,isteri tadi dengan rasa kecewanya telah lari ke dapur,sedey kerana diceraikan. Apabila melihat gelagat isterinya yang sedey,berlari ke dapur,suami yang sengal tadi tlh gumbira kerana niat utk kenakan isterinya tercapai.10minit selepas itu, isterinya keluar sambil mengangkat beg baju.Terkejut suaminya. Isterinya melambaikan tangan dan membawa diri ke rumah mak kerana talak tadi sudah jatuh walaupun ia adalah gurauan.Suami yang sengal tadi melihat pemergian isterinya dengan mata yang terkebil2…Sape yang fool skang?

Sebelum g jauh lai,ape kate kite bace sjarah april fool.Ye la,oram kate sejarah kalo kite lupe die akan berlaku smula.Tapi sejarah april fool ni,ntah btoi ntah tidak sebab tiada bukti yang kukuh mengenainya.

Tersebut al-kisah di Andalusia,bukan anak dara tua lanjut usia,tetapi kini dipanggil Sepanyol.Lame Islam bertapak di Granada,Andalusia,berkurun- kurun tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.Yang malunya,Islam ketika itu boleh dikatakan memerintah seluruh dunia namun kalah kepada 2 kuasa Kristian yang pada awalnya berpecah tetapi bersatu sebab ingin kalahkan Islam di Andalusia.

Penduduk-penduduk Islam di Andalusia terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam.Mereka bermadah.

Penduduk-penduduk muslim yang bersembunyi di dalam rumah diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Andalusia dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Memang sah ade kapal.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.Tyme nilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah umat Islam.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Mase dot kat skola agame dulu,bile tibe je malam 1 April,ramailah senpai-senpai (senior-senior) yang berjage.Bile ktorang bangun pagi,nah,bercolgate!Tu mase form 1,nak marah xley bukan sebab April Fool tapi sebab diorang senior.Bile jumpe diorang,diorang gelak besar n kate ‘April Fool!’Kelakar sangat la tu.Dot skola agame,pkataan agame siap kene kurung lagi, (agama) -tut-,tapi perangai cam budak skol bese.Bukan nak kutuk skola sendiri tapi nak dedahkan prangai budak2,tu bukan skang tu dulu,skang?Wallahua’lam.

Yang sambut-sambut ni try pk jap,April yang fool ke kite yang fool?Ye la,kite dot sambut satu sambutan meraikan kematian saudara-saudara kita di Andalusia suatu ketika dahulu,xke sengal kite ni?Kite dot marah oram x amik kesay tentang palestin tapi lam mase same kite dot sambut April fool,ish fool betoi!Budaya sambut April Fool ni budaya barat,budaya yang Islam tak ajar, watpe dot ikut bende-bende cenggitu,bukan dapat pekdah ape2 pom,wat sakit ati oram ade ar.Ingat,kite wat salah ngan Allah,kite ley taubat mintaq ampun tapi kalo wat oram marah,terase hati,nangis darah depan Allah pun, dose tu takkan terhapus kalo orang tu tak ampunkan kite.Ingat betoi2!

Tapi nak wat camne,da jadi BUDAYA orang Islam di Malaysia untuk tiru BUDAYA LUAR.Dulu sopan je,pakai baju kurung,baju melayu tapi kini pakai mini skirt,seluar jeans.Tak pelik,bende2 cenggini nabi da kate lebey kurang 1431 tahun dulu pasal ni.Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi:

Rasulullah bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”

Sabahat bertanya, “Ya Rasulullah! apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”

Rasulullah menjawab, “siapa lagi kalau bukan mereka?”

Dulu,pada era 80-an,mane2 pompuan yg pakai tudung labuh n berpurdah akan dihormati,tiada lelaki yang berani mendekatkan diri dengan mereka. Malu mereka menjadi perisai yang sangat hebat.Lelaki yang memandang mereka akan berasa malu lalu menundukkan pandangan mereka.Tapi, semuanya telah berubah,biasala dunia da maju,teknologi da tinggi, tudung labuh n berpurdah dianggap sebagai satu fesyen.Bukan aq ingin selelu offense pompuan,skit2 sal tudung tapi aq nk bg lagi nampak.Mase kije kat KB Mall dulu,dekat tangga aq lihat pompuan bertudung labuh sedang bercumbu-cumbu dengan sowang mamat ni.Mane nilai tudung labuh tu? Mane harga diri pompuan tu? Mana malu lelaki tu?

Inila yg terjadi apabila budaya barat ditiru,diagung-agungkan.Berbalik kepada kisah april fool.Hukum menyambut perayaan gile ni adalah haram. Berdasarkan hujah ape?Sabda nabi:

Barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut.(Riwahul Tarmizi)

Meniru yang dimaksudkan sememangnya meniru perangai.Sebagaimana penerangan nabi kepada para sahabat dalam menerangkan hadis ke-4, hadis yang membincangkan perihal qada’ qadar,ahli syurga dan ahli neraka. Apabila nabi berkata kepada para sahabat bahawa mase terbentuknya manusia dalam rahim ibunya,maka datang malaikat menetapkan bahawa dia adalah ahli syurga atau ahli neraka.Para sahabat kehairanan dan salah seorang bertanya apakah berbaloi untuk beramal sedangkan seseorang itu telah ditetapkan syurga dan neraka,maka nabi menjawab bahawa ahli syurga adalah orang yang berperangai seperti ahli syurga dan ahli neraka adalah orang yang berperangai seperti ahli neraka.Untuk mengaitkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi di atas,cuba tukar perkataan tadi.Ahli syurga adalah orang yang meniru perangai ahli syurga dan ahli neraka adalah orang yang meniru perangai ahli neraka.

Apabila sowang tu sambut april fool bermakna dia adalah daripada orang Kristian.Benar pada zahirnya dia adalah Islam tetapi pada maknanya dia adalah seperti orang kristian.Ala budak kecik yang masih isap susu pom taw,kalo kite wat gelagat cam beruk,tepuk-tepuk tangan kat atas kepala,budak tu akan kate ,”wah,beruk!”Same la,kalo kite dot ikut budaya agama lain maka kita daripada mereke la.1 lagi analogi,kalo laki dot rambut panjang sampai ke ‘pung’guk’,pakai rantai,gelang mas bukan ke oram akan cakap laki tu pompuan ke?Pompuan pakai baju laki,rambut pendek,bukan ke oram kate laki ke?Harap-harap paham…

Lihatlah betapa nabi tidak ingin mengikut langkah musuhnya dalam peristiwa penukaran kiblat.Setiap kali solatnya, baginda mengadah kepala ke langit,menunggu Allah mengubah kiblat. Biarpun hal itu bukanlah satu hal yang besar,solat mengadap baitul maqdis namun untuk membezakan daripada orang kafir,nabi ingin mengubahnya.

Memang benar,bukan senang untuk ubah hidup kita yang sudah ditradisikan oleh budaya kuning,budaya barat tapi kita harus usahakan yang terbaik. Kalau untuk tinggalkan kesemuanya adalah muri(impossible) cube tinggalkan 1 daripadanya,2 daripadanya.Cubalah yang terbaik yang mampu anda lakukan,bukan lakukan yang sempurna.

Apabila anda sambut april fool,membodohkan oram lain,merayakan kematian-kematian saudara-saudara kita,siapa yang sebenarnya dibodohkan, anda atau kawan anda?Semestinya andalah yang dibodohkan! Dibodohkan oleh orentalis-orentalis barat!Orentalis-orentalis barat sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kita,untuk meletakkan kita pada tingkat yang paling bawah.


Cukup-cukup la dot ikut barat tu,pakaian kite da ikut,makanan pom kite da ikut,takkan jati diri kite pom nak ikut barat?Takyahla dot sambut april fool, kalo nak sambut sangat,fool kan diri sendiri.Bli pizza mahal-mahal,pastu tampal kat muke sendiri.Pastu cakap kat diri sendiri, “APRIL FOOL!”

Sunday, January 18, 2009

PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!

Sumber: Harakahdaily
Sat | Jan 17, 09 | 9:30:53 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos

Saturday, January 17, 2009

Isu palestin Dan Tanggungjawab Aqidah

Umat Islam diikat dengan perjanjian dan ikrar dua kalimah syahadah. Dengan ini, kita telah pun memeterai satu akuan sumpah untuk saling memelihara darah, harta dan kehormatan di antara satu sama lain. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat Islam perlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalam satu keterikatan yang mengikat mereka saling bergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibah dan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruah mereka.

Saudara-saudari kaum muslimin sekalian,

Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kita yang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah. Sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin dan menyebabkan sebahagian penduduknya yang menjadi pelarian, apakah peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab dua kalimah syahadah ini? Sehingga kini, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang. Sementara kematian dan pembunuhan pula masih berlaku hari demi hari…

Sekadar mengimbau perkembangan yang berlaku semenjak awal tahun ini, kita telah menyaksikan sekatan yang dilakukan oleh regim Israel ke atas Gaza sehingga menyebabkan wilayah yang mempunyai 1.5 juta penduduk itu terputus hubungan dengan dunia luar selepas semua pintu masuk di sempadan wilayah itu dengan Israel ditutup sejak hari Jumaat 18 Jan 2008. Manakala pada 21 Januari, tepat pada jam 8 malam, satu-satunya loji janakuasa tunggal di Gaza terpaksa ditutup kerana keputusan bahan bakar menyebabkan seluruh bandar Gaza bergelap dan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Beberapa hospital terpaksa menghadapi ancaman kematian para pesakit terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua yang bergantung pada alat-alat bantuan setelah bekalan elektrik terputus. Semua bahan-bahan mentah, makanan, ubat-ubatan dan apa sahaja disekat di sempadan dan semua pintu masuk ke Gaza. Ini menjadikan harga barang yang meningkat sehingga 3 kali ganda pada ketika awal krisis itu dan menjadi lebih buruk hingga ke hari ini.

Pergerakan HAMAS menyifatkan itu sebagai 'hukuman mati' dan satu usaha pembunuhan secara perlahan-lahan ke atas rakyat Gaza sebagai hukuman kerana mereka memilih pergerakan HAMAS memegang tampuk kerajaan. Sehingga pada pertengahan bulan Mei yang lalu, lebih 150 orang telah mati kerana kelaparan dan ketiadaan ubat-ubatan. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan HAMAS supaya berundur dan meletakkan kuasa pemerintahan. Namun penduduk Gaza khususnya dan rakyat Palestin secara amnya tetap mendokong pendirian kerajaan HAMAS yang berikrar akan terus menentang penjajahan dan tidak akan tunduk kepada kemahuan Israel. Pada pertengahan bulan Mei itu juga, 50 buah kilang roti ditutup kerana kekurangan bahan mentah untuk menghasilkan roti. Roti adalah makanan asas bagi masyarakat Arab. Sekiranya penghasilan roti terhenti, maka penduduk Gaza diancam kebuluran yang tidak dapat dibayangkan. Pada hari ini catuan bahan makanan dan bahan api semakin mencengkam rakyat Palestin di Gaza.

Akhbar rasmi HAMAS di negara Yaman, Shout Filistheen bertarikh 21 Jamadil Awal 1429H bersamaan 26/5/2008 melaporkan bahawa Ketua Jabatan Politik HAMAS, Khaled Mesy'al menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan tunduk berhadapan dengan tekanan ke atas Gaza, sekatan makanan yang menyebabkan kebuluran, pembunuhan dan permusuhan regim Israel. Kerana bangsa Palestin berpegang teguh dengan hak-hak mereka. Sebarang usaha perundingan dengan Amerika dan Israel akan membawa kerugian. Beliau juga menyatakan bahawa bangsa Palestin tidak sekali kali akan menerima penyamarataan hak bagi menggadaikan tanah air, kota suci al-Quds, para pelarian Palestin dan prinsip-prinsip Palestin. Sebarang usaha menggadaikan prinsip-prinsip ini bagi memenuhi kehendak Amerika dan Israel akan menemui kegagalan. Katanya lagi: "HAMAS dengan kekuatan penentangan rakyat Palestin akan menghapuskan sekatan terhadap Gaza. Sekiranya masyarakat antarabangsa tidak berbuat apa-apa, maka kami akan melakukannya mengikut kehendak kami," tegasnya.

Keadaan semakin buntu apabila kerajaan Mesir juga dilihat sebagai gagal memainkan peranan dalam isu berkaitan sekatan terhadap Gaza. Manakala pada awal bulan ini, pergerakan Hamas menyatakan bahawa keputusan Israel untuk menutup laluan Gaza sebagai satu perlanggaran kepada perjanjian damai dan bertujuan untuk mengugut pecahan Palestin dan penduduk Palestin serta menambah bahawa keputusan tersebut telah mencacatkan peranan Mesir. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya juga menyeru Kerajaan Mesir supaya mempercepatkan pembukaan laluan Rafah itu secara rasmi. Ini bagi meredakan krisis yang sedang berlaku. Pergerakan HAMAS memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza menjangkau kepada tahap membawa bencana yang tidak terkawal. Beliau juga dengan itu merayu kepada Mesir agar mencari formula bagi membolehkan pembukaan laluan Rafah seperti asal sehingga persetujuan dicapai dalam untuk menjadikannya beroperasi secara tetap.

Pada awal bulan ini, kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haniyah menegaskan tuntutan kepada pemimpin Mesir tentang peri pentingnya menekan pemerintah penjajah Israel agar memberi komitmen terhadap kesepakatan gencatan senjata dan merealisasikannya dengan membuka pintu masuk agar keperluan harian boleh dibawa masuk tanpa sebarang penundaan. Seorang pemerhati iaitu John Ging yang juga merupakan pengarah operasi UNRWA di Tebing Gaza menyeru Israel dan Mesir agar terus membuka semula pintu komersil Gaza dan pintu sempadan Rafah, dengan menekankan bahawa penutupan pintu adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa untuk hak asasi manusia.

Demikianlah dalam perkembangan yang berkaitan, semenjak awal tahun ini, rejim Zionis telah membunuh 78 kanak-kanak Palestin dan menangkap lebih daripada 2,500 rakyat Palestin, termasuk 260 kanak-kanak di serata Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sebagaimana yang ditegaskan oleh satu laporan dikeluarkan oleh Nafha Society. Pun begitu, dalam segala keperitan dan kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Palestin ini, pimpinan Hamas telah menunjukkan kekuatan nilai persaudaraan dan sikap yang prihatin terhadap sesama umat Islam. Baru-baru ini, apabila Presiden Sudan, Omar Bashir diancam oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung dengan pembunuhan kaum dan jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah Darfur. Khaled Mesy'al mewakili pergerakan Hamas dan rakyat Palestin telah memberikan sokongan melalui talian telefon, beliau berkata kepada Presiden Sudan, dengan menjanjikan bahawa HAMAS bersama dengan pemimpin dan rakyat Sudan.

Inilah nilai akidah yang begitu mahal yang tidak dapat dimanipulasikan oleh Amerika dan Israel. Mereka hanya mampu memperdayakan orang-orang munafik yang memakai topeng Islam. Dalam hal ini, umat Islam perlu kembali memikul tanggungjawab mereka mendokong saudara-saudara mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sama ada dari segi material dan spiritual. Sekurang-kurangnya ialah dengan tidak mendampingkan diri dengan musuh-musuh Allah yang menindas saudara-saudara kita di mana sahaja di atas muka bumi ini.

Tentang sikap para pemimpin Arab dan umat Islam pada hari ini yang bermuka-muka dan berjabat tangan dengan Presiden Bush, rukuk serta sujud kepada polisi luar Amerika Syarikat, saya ingin menyebut tentang apa yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Dr. Muhammed Mahmoud Seyam, mantan Imam dan Khatib Masjid al-Aqsa yang kini menetap di Yaman. Kata beliau: "Saya tidak menganggap mereka itu sebagai sebahagian dari tubuh umat (Islam). Kerana Allah S.W.T telah menegaskan di dalam al-Quran; "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman-teman rapat(mu); sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pelindung (teman rapat), Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maidah: 51) Jadi mereka (pemimpin-pemimpin itu) adalah termasuk dalam golongan mereka (musuh-musuh) dan bukan sebahagian daripada umat ini.

Kerana itu, keterikatan kita dalam tubuh umat Islam ini mestilah dibina dengan dua kalimah syahadah. Apabila memahami nilai persaudaraan ini, kita perhatikan sabda Rasulullah s.a.w: "Jadilah kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain). Janganlah dia menzaliminya, dan janganlah mengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan, dan janganlah memperkecilkannya.." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Pada hari ini, secara tidak langsung umat Islam telah bersikap zalim, bersekongkol dengan Amerika Syarikat untuk menekan rakyat Palestin khususnya bagi negara-negara umat Islam yang bersempadan. Kita tidak memberikan pertolongan apabila mereka mengharapkan pembelaan daripada kita. Malah terdapat golongan dalam masyarakat muslimin yang memperlekeh perjuangan rakyat Palestin menentang regim Yahudi dengan mengejek; 'setakat baling batu apa yang dapat?'. Kesemua ini menunjukkan bahawa kita telah jauh dari petunjuk Nabi s.a.w dalam hadis di atas. Di penghujung hadis sahih tersebut, Rasulullah s.a.w menegaskan: "..setiap muslim terhadap muslim yang lain, haram menumpahkan darahnya, merampas hartanya dan menjatuhkan maruahnya."

Satu lagi hadis yang baik untuk kita jadikan renungan ialah sabda Rasulullah s.a.w: "Peumpamaan orang-orang yang beriman itu pada kasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama satu jasad, sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang seluruh jasad juga akan turut merasai sakit." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Saudara-saudari kaum muslimin yang saya kasihi sekalian,

Adakah kita merasaikan kepedihan dan kesengsaraan rakyat Palestin, Iraq, Afghanistan, Sudan, Kashmir, Somalia, Chehnya, Selatan Thailand, Filipina dan seluruh dunia Islam? Sekiranya masih tidak merasai, maka sekarang adalah masa untuk muhasabah iman dalam diri. Sekiranya kita merasai, maka sekarang juga adalah masa untuk menadah tangan kepada Ilahi… "Ya Allah! Bantulah Islam dan kaum muslimin, bantulah mereka menghadapi musuh-musuh di mana sahaja mereka berada." Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...