Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Berita Masjid

SURAU NANDAGAN PERLUKAN SUMBANGAN SEGERA.





SEJARAH PEMBINAAN

Masjid al-Syakirin, Kg. Nandagan terletak  kira-kira 60 km dari Pekan Sook dan 110km dari Pekan Keningau, Sabah. Terdapat beberapa buah keluarga muslim yang tinggal di kampung tersebut menghadapi kesukaran untuk menunaikan ibadah harian mereka berpunca daripada kedhaifan dan keuzuran surau . Surau lama yang  hanya berdindingkan buluh sentiasa menghadapi kesukaran dan sangat menyedihkan. Pelbagai usaha sudah dibuat untuk mendapat sumbangan dari pihak berwajib untuk memberbaiki keadaan surau tersebut termasuklah memohon sumbangan kepada wakil rakyat DUN Sook, Tan Sri Joseph Korup tetapi tiada sebarang jawapan yang positif.

PAS MENGAMBIL AMANAH ATAS NAMA SAUDARA ISLAM...

Berasaskan kepada masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut, Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa terpanggil untuk memberikan khidmat kepada mereka atas nama persaudaraan satu aqidah. Sejak Bulan Julai 2010, dengan sumbangan-sumbangan yang dihulurkan oleh semua pendokong dan penyokong Islam seluruh Malaysia, surau tersebut sudah 75% siap dibina. Sehingga kini, terdapat beberapa keperluan yang masih diperlukan untuk menampung kos pembinaan yang masih berbaki. Setakat ini kos pembinaan telah menelan belanja sebanyak RM31,352.63.

FAKTA PEMBINAAN

KELUASAN

Masjid al-Syakirin dibina dengan keluasan 30 kaki  lebar dan 30 kaki panjang dengan ketinggian 9 kaki dari paras lantai ditambah bahagian mihrab seluas 12 kaki lebar 6 kaki panjang. Bangunan berbumbung pyramid ini dibina dengan bahan-bahan batu-batan sepenuhnya di bahagian dinding dan lantai.

SUMBER KEWANGAN
Sehingga kini, sumber kewangan untuk menampung kos pembinaan masjid tersebut diperolehi daripada sumbangan dari kalangan  penduduk sabah dan Semenanjung Malaysia tanpa bantuan pihak atau agensi kerajaan.

SUMBANGAN DIPERLUKAN
Berdasarkan kepada angggaran  peratusan  pembinaan yang sudah siap, jumlah kewangan yang masih diperlukan bagi menyempurnakan pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM 8500.


SUMBANGAN JUGA DIBUKA UNTUK BARANG-BARANG KEPERLUAN MASJID:

• CERMIN TINGKAP.
• SEJADAH.
• CAT DAN SIMEN
• al-Qu'ran DAN BAHAN BACAAN
• KAYU SILING

Sebarang pertanyaan; sila hubungi:

1. Tn. Hj. Januar bin Burhanuddin Ali (013-9841779)
2. Ust.Mohd Syakir bin Ghasali (012-6300505)
3. Ust. Abd Muien bin Mohd Noor (013-8021017)
4. Ust. Mohd Khamal bin md Daud (013-8864688)




SURAU KAMPUNG DAMAI...PERLU PERHATIAN

Ruang Kaki Lima Yang Terbiar
Masyarakat Islam Kg. Damai yang terletak kira-kira 15km dari Pekan Keningau mengalami masalah apabila hampir dua tahun mereka tidak dapat menggunakan surau Damai yangg rosak dipukul ribut. Sejak sekian lama juga, segala usaha dilakukan. Dan kini, masyarakat kampung tersebut seperti sudah berputus asa dengan sikap dan sambutan dingin terdapat permohonan mereka. Menurut salah seorang penduduk di situ, permohonan pembaikan sudah dibuat ke pihak JHEINS yang pada ketika itu ia ditadbir oleh Ust Jamain. namun, sehingga kini, tiada tanda-tanda yang positif. Apabila mendengar keluhan dan luahan hati penduduk di situ, nampak seolah-oleh mereka sudah rasa berputus asa. Mana tidaknya, sejak kejadian yang mengakibatkan robohnya surau tersebut, pelbagai agensi dan parti politik yang datang dan menabur janji-janji politik yang mengecewakan termasuklah dari pihak UMNO sendiri. Dikatakan, Adun Liawan, YB Datuk Hj Sairin Hj Karno juga telah datang melihat tempat tersebut. Keputusannya turut mengecewakan.

Tapak masjid tersebut yang pada asalnya adalah hasil wakaf dari seorang arwah dari  kampung tersebut yang pada asalnya surau tersebut dijadikan pusat pengajian kanak-kanak dan penduduk di situ. Setelah kejadian ribut, surau tersebut kini hanya tinggal seperti pondok usang yang dipinggirkan. Di sini kami paparkan gambar-gambar surau tersebut:

Keadaan Tempat Wudhuk Yang Menyedihkan 
Akibat Atap Yang Ditiup Ribut

Atap Yang Sudah Rosak


Melihat kepada kesukaran masyarakat kampung damai menjalani rutin ibadat sebagai seorang muslim, maka sekali lagi kami ingin mengajak saudara pembaca yang budiman agar dapat menyumbang bagi kerja-kerja penambahbaikan dapat dijalankan. Setelah dibuat sedikit pemeriksaan, maka antara barang-barang yang dikenalpasti rosak dan perlu ditukar ialah:

    1. Atap zink 8' = 24 keping
    2. Kayu 14',  2"x3" = 2 batang
    3. Kayu 12', 2" x 4",  = 4 batang
    4. Kayu 14', 2" x 4" = 1 batang
    5. Kayu 12', 2" x 3" = 2 batang
    6. Kayu 12', 2" x 2" = 9 batang
    7. Plywood 3 = 14 keping
    8. Tikar alas solat = 2 gulung
    9. Beberapa keping papan untuk lantai
Berdasarkan kepada perkiraan kasar yang dibuat, kos baik pulih surau tersebut hampir mencecah kepada 3 ribu hingga 5 ribu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...