Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Monday, July 11, 2011

Ketua Pemuda PAS Sabah Ditahan Polis

Ahad, 10 Julai 2011, kegilaan polis nempak belum pulih sepenuhnya apabila berlaku lagi penangkapan yang dibuat terhadap saudara Lahirul Latigu yang merupakan Ketua Pemuda PAS Sabah bersama seorang aktivis Saudara Ahman Bustaman. Setakat jam 12.00 malam, dilaporkan mereka belum dilepaskan. Tangkapan dibuat atas alasan yang sangat lucu dan bersifat kebudak-budakan iaitu Sdr Lahirul dikatakan memakai baju kuning yang bertulis Bersih 2.0. Mereka lalu dibawa ke balai polis Alam Mesra dan terbaru maklumat menyatakan mangsa dibawa ke balai polis Karamunsing.

Apakah ini sebenarnya ketakutan polis atau ketakutan Barisan Nasional? Ternyata bahawa polis sebenarnya sudah tersasar dari jalan tugas dan amanah yang dipikulkan rakyat kepada mereka. Kalau mereka beralasankan keselamatan negara terancam dengan memakai baju berwarna kuning Bersih 2.0, mungkin boleh diterima akal kalau ianya berlaku sebelum perhimpunan itu dibuat. tetapi, apa yang tak boleh diterima akal apabila tangkapan itu berlaku selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0. Apalah sangat kalau setakat 2 hingga 3 orang yang memakai baju Bersih 2.0. Nampaknya pemikiran polis kini sudah "dikotorkan" dengan doktrinisasi UMNO Barisan Nasional tentang Bersih 2.0. Takkanlah langsung tidak ada dari kalangan pegawai polis yang masih berfungsi akal mereka.

Melihat kepada situasi yang berlaku di sabah hari ini,memang jelas terpampang situasi "telur dihujung tanduk" kerajaan zalim Barisan Nasional. Walaupun umum tahu bahawa Sabah adalah fix deposit kepada kekalnya tahta kekuasaan kerajaan zalim BN UMNO, namun kelibat dan tindak tanduk polis membuktikan bahawa teori itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ketakutan Bn semakin memuncak. Kepada polis-polis Sabah, usah risau. andai ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara ini, polis-polis akan diberikan layan yang baik bahkan lebih baik dari apa yang diberikan oleh kerajaan BN UMNO.

Kepada Pemuda PAS Sabah, teruskan berjuang demi mempertahankan keadilan dan nilai bersih dalam pemerintahan negara ini. Sesunggunya pertolongan Allah sangat dekat. We stay side by you...Takbiiirrr!

Saturday, July 9, 2011

Tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya.

Ahli falsafah Yunani Plato berkata bahawa “kita boleh memaafkan kanak-kanak yang ketakutan ketika gelap; tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya”.
Ia akan muncul di Malaysia, di mana lelaki yang memegang jawatan tinggi takut untuk berdepan dengan sekumpulan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk memperjuangkan hak- hak asasi mereka untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat dalam menangani permasalahan seperti kelemahan pilihan raya. Saya ingin mengulangi pendirian DAP dalam menyokong demonstrasi secara aman dan mengutuk demonstrasi ganas.
Perbuatan mengeluarkan perintah sekatan ke atas 91 individu, dengan menghalang mereka daripada berhimpun dan tidak membenarkan mereka memasuki kawasan- kawasan tertentu di Kuala Lumpur pada Sabtu ini adalah tidak masuk akal dan mendedahkan ketakutan yang tidak rasional kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein dan pihak polis.

Kami bersetuju bahawa konflik dan demonstrasi ganas harus dielakkan tetapi dari peringkat awal, perhimpunan Bersih 2.0 adalah merupakan perhimpunan aman. Sememangnya tidak ada unsur keganasan, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak polis dan kerajaan yang menggambarkan sebaliknya.
Malah, perhimpunan Bersih 2.0 telah mendapat perkenan diraja apabila Yang di- Pertuan Agong sendiri menimbang tempat yang sesuai untuk orang ramai kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberikan persetujuan diraja untuk mengadakan perhimpuan di mana-mana stadium yang penganjur Bersih inginkan.
Perdana Menteri sendiri telah menasihatkan Bersih untuk menggunakan stadium, tetapi, pada hari ini kita dapati bahawa barisan Kabinet khususnya Menteri Dalam Negeri tidak memahami arahan mudah ini. Bukan sahaja mereka tidak membenarkan Bersih untuk menggunakan mana-mana stadium di Lembah Klang, malah, mereka kini telah mengeluarkan perintah sekatan ke atas 91 individu termasuk semua pemimpin Bersih. Ini tidak termasuk penahanan sewenang-wenangnya 193 orang sejak beberapa minggu lepas termasuk 6 dari PSM di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960!
Apa yang telah berlaku di negara kita apabila pemimpin kita dianggap seperti orang asing di tanah kita sendiri?
Senarai individu yang dihalang bukan sahaja pemimpin Bersih, Datuk S.Ambiga tetapi juga Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ahli EXCO Negeri Selangor, Teresa KOK, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan pemimpin- pemimpin PR yang lain. Bagaimana begitu ramai pemimpin yang telah dipilih di negara ini ditahan kerana kononnya mempunyai elemen-elemen bahaya?
Jangan kita pernah lupa bahawa bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk Ambiga Sreenevasan telah dikurniakan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa oleh Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Michelle Obama. Pemimpin- pemimpin dunia mengangkatnya sebagai wanita yang berani tetapi di Malaysia, beliau dicerca sebegitu teruk dan dianggap sebagai musuh awam di mana pemimpin-pemimpin UMNO mendesak agar kerakyatan beliau dibatalkan.
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur:

Kebangkitan Rakyat Dari Bersih 2.0: Selamat Tumbangkan UMNO Barisan Nasional

Sabtu, 9 Julai 2011 telah membuatkan Bandaraya Kualau Lumpur bagai pekan yang sudah mati. Sejak awal pagi lagi, ribuan buah kedai ditutup hinggalah hari petang. Kelihatan puluh ribu anggota polis berkawal di setiap jalan-jalan utama dan tempat-tempat awan yang biasanya menjadi perhatian dan kunjungan warga kota. Namun, hari ini Kuala Lumpur seolah-olah ditawan oleh suatu puaka yang sangat menakutkan. Apakah ini disebabkan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap dijalankan walau pun mendapat larangan pihak polis. Walaupun penganjur Bersih 2.0 telah berulang-ulang kali mengulangi janji mereka bahawa perhimpunan tersebut adalah berlansung secara aman dan santai sahaja. Tidak ada sebarang kerosakan akan wujud. Perhimpunan yang berasaskan kepada slogan yang dibawa iaitu "Walk For Democracy".

Kuala Lumpur Diselubungi Lembaga Hitam
Hari ini, Kualau Lumpur diselubungi lembaga hitam sebagaimana yang pernah berlaku dalam tahun 1998 era kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman kerajaan Mahathir yang menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bahkan lembaga hitam untuk kali ini lebih dahsyat. Polis yang membanjiri Kuala Lumpur dengan pakaian blue black mereka menjadi kegerunan rakyat termasuk para peniaga yang menjalankan urusan perniagaan mereka di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Semua polis dari seluruh negara dikerahkan untuk turun berjaga dan berkawal di Kuala Lumpur. Kehadiran mereka dengan lagak seperti menyambut ratusan ribu penjenayah dan terroris negara. Melihat kepada persiapan barisan polis ini, seolah-olah negara Malaysia akan menghadapi peperangan yang sangat dahsyat dan musuhnya juga bukan calang-calangnya.


Polis Sekali Lagi Menjadi Barua UMNO dan Barisan Nasional
Sangat memalukan bagi seorang yang bergelar rakyat Malaysia dan memikul amanah menjaga keselamatan negara, polis sekali lagi mengulangi perangai samseng mereka ketika meredakan perhimpunan Bersih 2.0 hari ini. Tidak sedikit dari peserta Bersih 2.0 yang ceder, bahkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia juga mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Pantai. Mana yang dirasakan wajar dipukul, hendaklah dilanyak habis-habisan. Jangan simpan lagi... Sedangkan peserta-peserta Bersih 2.0 bukan penjenayah apatah pengganas yang membawa senjata yang merbahaya. Mereka juga warganegara ini yang mesti dihormati dan selayaknya dilayak seadilnya. Kalaupun tidak secara undang-undangnya, sewajarnya mereka dilayan sebagai warganegara ataupun dengan menepati nilai-nilai kemasyarakatan orang Malaysia yang penuh dengan adab dan sopan. Namun apa yang berlaku, peserta Bersih 2.0 dilayan sebagai penderhaka. Mereka diseret, dipukul dan dibelasah tanpa ada belas kasihan sehingga ada di kalangan mereka yang mengalami kecederaan di bahagian kepala. Apakah ini sebenarnya tugas polis? Menjadi samseng kepada rakyat yang hanya menuntut keadilan kepada pihak yang berkuasa.

Hero Hutan Berbulu Merah
Dalam celah-celah kebobrokan sistem keselamatan yang sangat mengecewakan, muncul pula dua tiga ketul hero hutan yang menyalak peserta Himpunan tersebut. Berpakaian merah kononnya ingin menjadi jaguh atas nama cintakan negara. Kenapa beria-ia sangat Khairi dan geng-geng samsengnya turun menjadi benteng kepada kezaliman kerajaan BN UMNO. Tidak perlulah Khairi mengambil kesempatan dari kesempitan yang ada dalam negara ini. Atau tak perlulah Khairi ingin mencari publisiti murahan mengangkat namanya sendiri di persada politik kotor Barisan Nasional. Terimalah hakikat bahawa dia(Khairi) sudah expired dalam UMNO. Berjuanganglah sebagai anak jantan di luar gelanggang UMNO yang sudah koyak rabak tu.



Bersih 2.0: Memory Of Truth
Setelah berbagai-bagai spekulasi dan janji-janji kosong pihak pemerintah dan UMNO BN, akhirnya Bersih 2.0 mampu melakar sejarahnya untuk ke sekian kalinya dalam sejarah tanahair Malaysia. Walaupun gagal menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong, namun semangat dan kebangkitan rakyat yang mampu diserlahkan dari perhimpunan ini ammpu menjadi momentum dan gelombang yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan zalim UMNO Bn dalam PRU 13 akan datang. Ternyata, UMNO BN masih tidak mampu melaksanakan ketelusan dalam segenap segi dalam pemerintahan mereka. Kita lihat, apakah dengan keengganan mereka akur dengan kehendak rakyat akan memungkinkan mereka terus berkuasa atau mereka terpaksa akur sebagai banduan rakyat yang akan ranap dalam pilihanraya umum akan datang. Bangkitlah wahai bangsaku. Di tangan anda ada satu kuasa yang luar biasa, iaitu kuasa menjatuhkan kuasa pemerintah yang zalim dan gila kuasa.

2 pm, July 9th, Stadium Merdeka: Malaysian's Moment Of Truth

Malaysians from all walks of life have travelled a very long road to reach this defining point in our nation’s history. With less than 24 hours to our intended peaceful gathering, our resolve to walk the last, most difficult mile as one united people in pursuit of clean and fair elections and a better Malaysia for all is firmer than ever.
Our reason for gathering is pure and simple – to demand the electoral roll be cleaned, that the postal voting system be reformed, that indelible ink be used, a minimum 21 day campaign period be instated, free and fair access to media for all be provided, public institutions be strengthened, and for corruption as well as dirty politics to be stopped.
The authorities have put obstacle after obstacle where they only needed to provide sincere cooperation to win the trust and confidence of the people. Having faced half hearted offers of stadiums, arrogance regarding meetings as well as denials of permits, arrests, detentions and so much more, we feel that we have done all that is humanly possible to demonstrate sincerity and good faith in dealing with the government – but we have only been met with reversed decisions and stone walls.
There are no walls however, that will arrest the advance of the cause of peace and justice. Come the 9th of July, we will uphold our constitutional right to converge peacefully on Stadium Merdeka in Kuala Lumpur.
No government agency has any right whatsoever to prevent Malaysians from exercising their freedom of movement and access to our capital city. No threat or intimidation can overturn this fundamental truth.
Malaysians have now seen for themselves the degree of paranoia and lack of principled leadership that seems to have gripped the government. It is thus all the more imperative that patriotic Malaysians rise now and take this stand together to save Malaysia from slipping further into this insane darkness.
Since the beginning of Bersih 2.0, we have witnessed nothing but the utmost bravery and commitment to peace and justice demonstrated by ordinary Malaysians from every walk of life. Inspired by this example, the Bersih 2.0 leadership reiterates our own unyielding commitment to our shared cause, and to being at Stadium Merdeka at 2pm tomorrow. We will meet at the carpark, and trust that the doors will be opened for us.
This is Malaysia’s single most important defining moment in recent history, and we are fully confident that the rakyat will heed the call to safeguard the principles Malaysia was founded on and together ensure that we pass down to our children a nation that is just, democratic and united in love for one another.
Released by,
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

UMNO DIAMBANG KEMUNCAK KETAKUTAN

Bersih 2.0 telah menjadi suatu fenomena negara yang semakin membimbangkan dan menakutkan pemimpin-peminpim UMNO dan Barisan Nasional apabila dilihat Himpunan yang bakal dianjurkan pada 9 Julai 2011 mampu dilihat sebagai himpunan menumbangkan kerajaan zalim itu. Pelbagai spekulasi dan fitnah cuba ditimbulkan ikutan ketakutan mereka terhadap kebangkitan dan kesedaran rakyat terhadap politik tanahair. Bermula dengan provokasi yang lansung tak masuk akal di mana perhimpunan bersih 2.0 didalangi oleh sekumpulan yang berfahaman komunis dan berhasrat untuk menggulingkan kerajaan pada hari perhimpunan tersebut. 


Rakyat Jadi Sasaran
Tangkapan-demi tangkapan dibuat kepada sesiapa yang sahaja yang dilihat semacam menyokong perhimpunan Bersih ini. Seperti mana pernah suatu ketika dahulu dan hingga sekarang, Amerika Syarikat pernah membuat tindakan bodoh dan bersifat tak masuk akal apabila menangkap setiap mangsanya yang dilihat mengancam keselamatan dengan alasan mereka adalah pengganas dan terroris. Formula yang sama juga telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO dan BN ini untuk menangkap dan mendera rakyat. Ditahan di bawah Akta Darurat yang lansung tak masuk akal. Apakah BN takut sangan dengan lapan(8) tuntutan Bersih yang dibuat bagi melihat perjalanan pilihanraya di negara ini berjalan dengan baik dan lebih telus. Di sini Suara Keningau menakalkan lapan(8) tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0:

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Merefomasi undi pos
  3. Guna dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Apalah susah sangat untuk menerima tuntutan tersebut. bukannya Bersih 2.0 meminta agar diberikan kerajaan kepada pihak pembangkang terus(tanpa pilihanraya). Kalau orang yang waras akalnya pasti akan melihat bahawa tuntutan Bersih ini adalah wajar dan tiada masalah. Apa yang perlu ditakutkan?

UMNO BN Memang Pandai Bersandiwara
Selepasa pelbagai spekulasi cuba diwujudkan, namun kesungguhan pengan himpunan Bersih tetap nekad untuk meneruskan hasrat tersebut. Apa yang berlaku ialah lakonan pihak kerajaan mulalah bermula. Bermacam-macam kerenah yang dilakukan. Bermula dengan perhimpunan ini tak boleh diteruskan, lalu ditiukarkan ke Dataran Meredeka. Cadangan pihak kerajaan pun diterima baik oleh pengajur Perhimpunan Bersih 2.0 dan mengubah tempat perhimpunan ke Dataran Merdeka. Setelah itu, rasanya pihak BN UMNO nie belum puas untuk kerjakan Bersih 2.0. maka keluarlah kenyataan bahawa perhimpunan tak boleh dibuat di Kuala Lumpur, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, maka permit akan diberikan. Apakah bentuk sandiwara nie? Apakah mereka sedar bahawa segala bentuk penipuan dan kezaliman, mangsanya ialah rakyat yang merupakan pembayar cukai kepada negara. Apakah salah bagi seorang warganegara ingin menyuarakan rasa tidak puas hati mereka atas ketidak telusan pihak kerajaan menguruskan hal-hal berkaitan pemilihan pemimpin-pemimpin mereka. 

UMNO BN Di Ambang Ketakutan Yang Memuncak
Dengar sahaja berkataan Bersih, mungkin saudara akan ditangkap. Itulah gambaran situasi dan keadaan negara kita hari ini. Jika anda memeakai baju kuning pun miungkin akan ditangkap seperti yang berlaku dibanyak tempat di negara ini. Jika anda minum semeja dengan orang-orang yang memeakai baju Bersih yang berwarna kuning, anda mungkin juga akan menjadi mangsa tangkapan polis seperti apa yang berlaku di Kota Kinabalu baru-baru ini. Polis ada kuasa untuk menangkap semua rakyat cukup hanya sekadar dia memakai baju yang berwarna kuning. Pelik dan ajaib. Ada apa dengan warna kuning? Polis pun hari ini tak dapat duduk diam di balai atau pejabat kerana terpaksa membuat kawalan di setiap jalan dan kawasan. Jadi, di balai hanya ada office boy dan kerani tukang ambil report sahaja. Dua hari yang lalu, ada seorang rakan memaklumkan kepada saya, apabila dia hendak membuat laporan polis Keningau atas kehilangan motosikal yang baru dibeli beberapa hari sebelum itu, seorang pegawai yang ditugaskan untuk mengambil laporan mengatakan bahawa siasatan tak dapat dijalankan lagi kerana semua pegawai dikerahkan ke Kota Kinabalu berikutan mendapat maklumat bahawa akan ada satu perhimpunan Bersih 2.0 peringkat negeri sabah akan diadakan di ibu negeri itu. Bergegaslah semua polis pergi ke sana.

UMNO BN Sudah Nazak
UMNO Bn kini sudah memasuki tahap nazak dan tak mampu lagi menahan saat-saat berakhirnya tahta pemerintahan mereka yang bersikap kuku besi dan penuh dengan kezaliman. Peliknya di negara ini, biarpun secara terang-terangan rakyat menolak mereka, namun pemimpin UMNO BN semacam pekak badak saja. Mungkin BN kini yang dipimpin UMNO cuba mengadaptasi cara dan bentuk kezaliman setaraf Muammar Gaddafi dalam mengurus kebangkitan rakyat-rakyat adalah sasarannya. Mudah-mudahan kebangkitan rakyat akan terus memuncak sehinggalah PRU 13 akan datang dan rakyat akan melihat tumbangnya kerajaan zalim BN dengan cara yang sungguh memalukan. Ayuh kita buktikan!

Tuesday, June 14, 2011

AKP Mencipta Rekod Kemenangan Tiga Kali Berturut-turut

Parti Keadilan Dan Kesejahteraan(AKP), turki kini mencipta rekod negara itu apabila mencipta kemenangan dalam pilihanraya Turki dengan majoriti sebanyak 49.9 peratus berbanding 47 peratus pada tahun 2007 dan 37 peratus pada tahun 2002. Walaupun kemenangan itu masih belum mampu memeberikan kuasa kepada parti itu untuk menggbal perlembagaan yang ada sekarang, tetapi ia sudah cukup memberikan isyarat bahawa dunia hari ini sudah mula muak dan menolak kezaliman dan berhijrah kepada keadilan. Negara yang pernah suatu ketika dahulu dinodai dengan pemikiran dan tindakan sekularisme yang dahsyat kini sudah memperlihatkan perubahan yang positif apabila nilai-nilai Islam mula diterapkan dalam struktur pentadbiran negara. Perlembagaan yang ada sekaran telah disediakan oleh pihak tentera menjadi halangan kepada pelaksanaan Islam dalam negara itu.

Kemenangan Meresap di Malaysia

Cita-cita merealisasikan hasrat menubuhkan sebuah Negara Berkebajikan yang mendaulatkan Islam dan keadilannya tertegak di muka bumi malaysia ini, maka kemenangan majoriti yang membolehkan perlembagaan  negara digubal dan diatur selari dengan acuan Islam dan keadilan Islam hendaklah diusahakan. Majoriti kemenangan dua pertiga adalah suatu perkiraan yang menjadi indikator untuk melihat cita-cita ini dapat ditegakkan. Oleh yang demikian, kemenangan yang ditempa oleh AKP di Turki sewajar menjadi model untuk meresap masuk ke dalam negara ini. Pakatan Rakyat haruslah merakyatkan pakatan itu sendiri. melihat rakya dari sudut pandang yang berbeza dari pandangan musuh politiknya iaitu UMNO dan BN yang melihat rakyat sebagai aset untuk mencipta yang menggunungkan harta kekayaan tetapi rakyat jua sebagai liabiliti dalam menggalas amanah kepimpinan. kalau dah namanya Pakatan Rakyat, maka pemimpinnya juga harusnya berjiwa rakyat dan untuk rakyat.

Pemuda dan Kemenangan


Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa jasa dan pengaruh pemuda dalam mencipta kemenangan adalah suatu yang sangat penting yang tidak boleh diambil ringan. Kemenangan AK Parti pun dilihat dipengaruhi oleh golongan remaja dan pemuda. Kemenangan AKP disambut dengan sorakan dan nyanyian lagu khas AKP sebagai tanda kegembiraan atas anugerah kemenangan.  Kerajaan sebagai kuda tunggangan BN baru-baru ini juga menganjurkan himpunan Sejuta Belia (dipaksa dan dibayar) memperlihatkan bahawa belia adalah suatu aset yang berharga untuk mencipta kemenangan. Pemuda hari ini adalah golongan yang sentiasa terdedah dengan maklumat samada ada maklumat cetak atau elektronik. Mereka bukan kumpulan jumud informasi yang menyebabkan mereka buta berita dan isu semasa. Cuma pemuda hari ini perlu diberi peluang dan bimbingan untuk berjasa. Tak perlu digula-gulakan dengan pelbagai penyakit yang tambah memudaratkan pemimpin-pemimpin berjiwa kuasa dan harta yang ada pada hari ini. Pemuda pemimpin negara akan datang.

Erdogan's ruling AK party wins vote

Friday, May 20, 2011

Hari Guru: Apa Sudah Dengan 400,000 Guru Biasa?

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.”Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi “teras” pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan “tonggak” pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

“Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah,” katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

“Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai,” katanya.

Wednesday, May 18, 2011

Jangan Kurangkan Subsidi, Untuk Menindas Rakyat.

Idris Ahmad
17/Mei/2011.
Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yasin merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu. Menurut beliau RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu. Pas telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat.
Kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it’am (bantuan beras kepada orang miskin). Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.
Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat.

Saturday, May 14, 2011

DEMONSTRASI JALANAN BAHAYA…..SIAPA YANG TERANCAM???

Merujuk kepada tulisan yang telah dipaprkan di laman sesawang keningaukini.com menyebut kenyataan YB Tan Sri Joseph Kurup yang mengatakan bahawa demontrasi jalanan adalah suatu budaya yang merbahaya yang dibawa dari Semenanjung Malaysia. Nampaknya kekhuatian beliau nampaknya semakin menghantui beliau apabila sudah ada kelompok masyarakat yang ‘buka mata’ melihat kebenaran yang selama ini telah dibutakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sejak sekian lama. Suara keningau melihat bahawa kekhuatiran itu tidak lebih sekadar kebimbangan beliau terhadap masa depan politik peribadi beliau sendiri. Tan sri Harus ingat bahawa, demonstrasi adalah suatu bentuk luahan perasaan atas kesedaran rakyat di atas kepincangan pemerintahan dan urustadbir pemimpin mereka yang rakus dan gila kuasa. Di sini, Suara Keningau cuba mendatangkan kenyataan yang dikemukakan penulis Keningaukini bertarikh 11 Mei 2011:


Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekhuatirannya dengan tindakan demonstrsi jalanan sebagai satu budaya baru yang dibawa oleh pihak luar, yang jika dibiarkan bakal menjadi gangguan ketenteraman awam dan perbalahan di kalangan berbilang etnik di kawasan pedalaman.

Persoalannya, ketenteraman siapa yang dimaksudkan oleh Tan Sri “Korup” ni? Ketenteraman awam seperti yang dimaksudkan atau ketenteraman beliau sendiri. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, demonstrasi tersebut dilakukan adalah bagi mendapatkan hak pemilikan tanah yang sudah lama diusahakan oleh penduduk yang kini dirampas oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukannya tak tahu tentang perkara berkenaan. Ketenteraman yang bagaimanakan dimahukan oleh Tan Sri ‘Korup’ ni. Adakah beliau akan rasa tenteram dengan melihat kesukaran dan kesusahan yang terpaksa dialami oleh rakyat atas kezaliman pemimpin-pemimpin mereka atau biarlah rakyat berada dalam keadaan ‘bodoh’ sehingga tidak tahu berbuat apa-apa tindakan asalkan peminpin mereka berseronok dengan kuasa yang mereka miliki? Tan Sri Korup perlu meliahat bagaimana fenomena kebangkitan rakyat di Semenanjung Malaysia sehingga menumbangkan kerajaan BN di lima buah negeri? Bukankah semua ini adalah berasaskan kesedaran dan pengetahuan rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN. Ini bukan soal pihak luar tetapi ini soal rakyat dan kebajikan mereka. Korup mingkin boleh duduk diam dan tak perlu kerja keras menabur duit dan projek jika rakyatnya masih ‘bodoh’ dan tidak tahu menentang kerajaan yang zalim ini.

“Selama ini, rakyat di kawasan Pedalaman, khususnya Kawasan Sook, hidup dalam keadaan rukun dan damai. Semangat saling hormat menghormati, toleransi dan semangat kekitaan menjadi amalan hidup. Tidak pernah berlaku tindakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan walaupun sebesar mana masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kampong”. Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Monday, May 9, 2011

Tiada Paderi Mahu Kristian Agama Rasmi

GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.

Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.

"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya.
Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.

"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.

"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini.
Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.

"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat.  Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri.  Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.

Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.

"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini.  Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.

Umno dalangi

Sementara itu, spekulasi  'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).

Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.

"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.

Friday, April 15, 2011

Utusan dan Adab Songsang Cari Kebenaran

Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.
Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.
Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.
Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.
Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.
Soal maruah
Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.
Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.
Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.
Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.
Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.
Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.
Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.
Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.
Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya.

Thursday, April 7, 2011

TAHNIAH! Akhirnya Datuk Mufti selangor Bersuara

Setelah banyak tekanan yang dibuat oleh banyak pihak terutama rakyat jelata kepada golongan agamawan terutamanya mufti negara ini,akhirnya mufti Selangor Sahibus Samahan Datuk Mohd Tamyes bin Abdul Kadir membuat kenyataan mengutuk tindatan Datuk T yang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kumpulan yang mengedarkan video lucah dengan tujuan kepentingan pilitik mereka disifatkan sebagai rendah moral dan menyalahai garis panduan agama. Bukan sekadar pihak yang menyebarkannya, bahkan semua pihak yang telah emngembar-gembur berita palsu yang tidak dapat dibuktikan dengan jelas adalah suatu fitnah dan pihak media yang bersekongkol dengan kerja-kerja penyebaran berita fitnah ini juga akan terpalik dengan dosa yang sama.




MANA MUFTI-MUFTI YANG LAIN.

Walaupun isu ini sedikit sebanyak dijawab oleh Datuk Mufti Selangor selaku negeri di bawah Pakatan Rakyat sedangkan isu, rakyat sebenanrnya masih menanti respon daripada mufti-mufti yang lain terutama dari negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Ulama seharusnya lebih rasa bertanggungjawab untuk memberikan teguran dan nasihat kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kerja-kerja yang tidak bermoral ini. ini bukan sekadar isu pilitik, bahkan ini isu kehirmatan Islam dan umatnya sendiri. Sedangkan Islam ada peraturan, cara dan  kaedahnya yang tersendiri dalam menangani isu-isu sebegini dengan mengambil kira maruah individu atau kumpulan yang dipersalahkan. Jangan biarkan rakyat dididik dengan budaya lucah yang merosakkan itu.

Wednesday, April 6, 2011

FITNAH: Akhirnya Akan Makan Diri



Sudah semestinya perancangan Allahlah yang paling tepat. Pelbagai cara cuba diusahakan walaupun tanpa mengambil kira batasan dan garis panduan agama. Asalkan dapat terus berkuasa menahan takhta yang didakwa milik UMNO yang punya. Apa sebenarnya helah mereka nie...kononnya nak cari kebenaran bahawa Anwar memang lelaki jahannam yang perlu dimusnahkan. Tetapi hakikatnya kebenaran akan terus terserlah akhirnya. Kata Ketua polis negara, Tan sri Ismail Omar, "siasatan sudah di peringkat akhir". Maknanya siasatan hampir sudah selesai tanpa dipanggil orang yang dituduh dan pihak yang terlibat. Apa punya penyiasatan. Bukankah polis malaysia sentiasa mengagungkan slogan "Tegas Adil Berhemah". Adakah berhemah maksudnya sekiranya pihak yang dipersalahkan tidak disoalsiat kebenarannya. adakah adil namanya sekiranya saksi yang terlibat lansung tidak dilibatkan dalam siasatan. Pelik, pelik....Mungkin itulah tafsiran hebatnya polis Malaysia.

Dan yang lebih pelik lagi, dalam sibuk-sibuk malaysia dan rakyatnya ditimba krisis fitnah yang dahsyat, mufti-mufti Malaysia asyik sibut dok bincang pasal tarian poco-poco. Sedangkan tarian tu dah lama diamalkan di negara ini. Bukan soal tarian itu tak penting, tapi kenapa sekarang baru dok sibuk. takkan setakat itu sahaja kesedaran mufti-mufti kita. mana Dato harussani yang dulunya lantang bercakap walaupun terpaksa menuding kesalahan kepada pihak kerajaan. Hari ini, diam tanpa sebarang komen walaupun sudah banyak media mendesak agar institusi ulama bersuara. Bukan suruh jadi hakim tapi nyatakan pendapat dan pendirian agama atas isu fitnah ini.....apa hukumnya....kenapa media masih bercakap walau belum ada kebenarannya...apa hukumnya pula...apa yang harus rakyat lekukan dengan isu sebegini....Awas berhati-hati dengan peringtana Rasulullah bahawa ulama jangan jadi SYAITAN BISU....

Semua rakyat maklum bahawa ini adalah satu lagi sandiwara najib untuk meraih sokongan rakyat terutama dalam musim-musim pilihanraya Negeri Sarawak nie...


DIAM-DIAM HARGA MINYAK NAIK PULAK..

Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain. Adakah ini transfomasi Najib untuk rakyat????

Jika Bukan Anwar, SIAPA?


Siapa Yang Seiras Dengan Anwar Dalam Video? Perlu kepada satu siasatan siapa yang seiras tapi tak serupa dalam video seks datuk T. Video itu kepunyaan siapa sebenarnya? Soalan menarik siapakah yang memiliki wajah seiras atau mirip Anwar?


Video seks: Siasat juga seiras tapi tak serupa Jika bukan Anwar siapa? Itu persoalan paling hangat ketika ini sesudah ketua pembangkang itu mengemukakan catatan Twitter dan Facebook untuk menolak tuduhan beliau orang dalam rakaman video seks berkenaan sekaligus menganggapnya satu lagi fitnah.


Kalau diikut ungkapan Inggeris, soalan cepumas itu bernilai tujuh juta dolar, bermakna ia sukar dijawab. Namun apa yang pasti adalah dunia ini sentiasa penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras.


Keajaiban solekan inilah yang membolehkan Ben Kingsley mengaut 11 anugerah Oscar kerana lakonannya sebagai Mathma Ghandi – bapa kemerdekaan India. Dan jangan lupa Ilham Anans, seorang miskin bertukar menjadi bintang terkemuka di Indonesia, semata- mata kerana wajahnya mirip Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Berbalik kepada politik Malaysia… bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Suhaimi Ibrahim, tidak pernah leka dari tatapan ramai kerana wajahnya seiras dengan Anwar. Malah tidak keterlaluan mengatakan ketika bintang Anwar “bersinar” dalam Umno, Suhaimi turut mendapat tempat di bawah naungan parti itu.


Kenapa hitam putih? Apabila jatuh Anwar (dalam Umno), maka pudarlah dunia politik Suhaimi. Semua ini menjurus kepada peringatan bahawa siasatan polis terhadap video lucah yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ harus memperinci kemungkinan pelakunya adalah seorang yang mirip wajah Anwar. Tidak kira sama ada polis akan bergantung kepada keterangan Yusry KRU atau mendapatkan maklum balas pakar lain – yang penting ialah mengesahkan siapa pelaku dalam video itu.


Kali ini tidak cukup untuk polis mengesahkan video lucah ‘Datuk T’ adalah “ori” tanpa pengesahan siapa pelaku seks didalamnya. Dunia akan dan sentiasa, penuh dengan mereka yang mempunyai wajah seiras, tidak kira sama ada orang itu adalah Musa Hassan atau Ben Kingsley dan Mathma Gandhi. Naluri polis tentunyaterangsang untuk mengetahui kenapa rakaman video itu dalam hitam putih dan bukan warna, seperti lazimnya untuk rakaman CCTV hari ini.

Polis juga rasanya mahu mengetahui kenapa Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menyembunyikan identiti mereka apabila mengatur majlis pra-tonton video ini pada minggu lalu di Hotel Carcosa Seri Negara. Mereka hanya mengakui mendalangi video itu selepas PKR membongkar identiti mereka, itu pun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Hanya ambil jam? Jika Eskay dihantar kembali ke hotel itu pada 21 Februari, kononnya hanya untuk mengambil semula jam tangan Anwar yang tertinggal, bagaimana beliau boleh muncul dalam rakaman berkenaan? Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan Eskay sendiri mempunyai iras wajah Anwar dari sudut tertentu.


Apa yang pasti ialah rakyat tidak percaya Eskay “terserempak” dengan rakaman video lucah dan tiba-tiba bertindak mahu mendedahkan siapa Anwar demi “agama, bangsa dan negara.” Ini kerana beliau sendiri pernah mendakwa kerap membawa Anwar ke tempat- tempat maksiat seumpama ini. Percanggahan pegangan moral Eksay pasti menimbulkan pelbagai persoalan.

Monday, April 4, 2011

Orang Melayu Gagal Keluar Kemelut Krisis Peradaban

Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.


PETALING JAYAMasyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.

Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.

“Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.


“Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,” kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?

Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.

“Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
“Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

Friday, April 1, 2011

Nilai Manusia Melayu Baru Dari Sudut Pandang Hishamudin Rais


BUNUH, ROGOL, RASUAH DAN NILAI MELAYU

Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70’an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90’an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerajaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Thursday, March 24, 2011

Anti-Taib protests in Ottawa and London,

By Bruno Manser Fonds
OTTAWA (CANADA) / LONDON (UK). Human rights and environmental campaigners from Malaysia, Canada, the United Kingdom and Switzerland have today protested against corruption in front of property companies associated with the family of Abdul Taib Mahmud ("Taib"), the Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak. The protests took place in front of Sakto Corporation in Ottawa and Ridgeford Properties Ltd in central London.
The Canadian and British governments are being asked to freeze the assets of nine Taib-associated companies in Canada and two companies in the UK which are estimated to be worth hundreds of millions of US dollars
Protestors at Preston Square, Ottawa, Canada, the headquarters of Sakto corporation. Sakto was founded in 1983 by Onn Mahmud, the brother of Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud. Onn Mahmud's Malaysian company, Achi Jaya holdings, holds a monopoly over all timber exports from Sarawak. In 2007, Tokyo tax authorities found out that Onn Mahmud had set up a kickbacks scheme operating through Hong Kong. All Japanese shipping companies who wanted to export timber from Sarawak to Japan had to pay kickbacks to Onn Mahmud's Hong Kong agent.

Protesters in front of the Adobe Tower at Sakto's Preston Square development in Ottawa. Suite 910, 333 Preston Street is the administrative centre of Taib-linked property companies in the UK, Canada, Australia and the US. The company is being chaired by Jamilah Taib's husband, Sean Murray, (Abdul Taib Mahmud's son-in-law) who sits on the board of various Taib companies.

Tuesday, March 15, 2011

600 ribu pendatang asing dikesan melalui projek IC di Sabah

KOTA KINABALU: Aktivis hak asasi dan masyarakat, Dr Chong Eng Leong berkata, menurut kajiannya sehingga 2005, seramai 600,000 pendatang tanpa izin mendapat status kewarganegaraan tetap melalui projek IC di Sabah. Katanya, daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 1.6 juta penduduk, seramai 600 ribu adalah warga asing tidak termasuk pendatang  yang memiliki permit sah.

Kalau dulu jumlah penduduk di Sabah adalah dua pertiga dari jumlah penduduk Sarawak, sekarang Sarawak dua pertiga daripada jumlah penduduk Sabah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Pembentukan Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa Asing (PATI) di Sabah pada Konvensyen KEADILAN yang diadakan semalam.
Projek IC di Sabah merupakan projek rahsia dan tersusun yang membabitkan beberapa parti politik termasuk agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
Dalam pembentangan kertas kerjanya, Dr Chong mengupas tentang Projek IC bagi membawa pendatang tanpa izin ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  sejak tahun 1980 an dan 1990 an.
Dr Chong merupakan bekas calon PBS yang memfailkan petisyen pilihan raya Likas pada 1999 kerana membantahkan kewujudan pengundi hantu yang menyebabkan kekalahannya di kawasan itu.
Beliau mengulas pengakuan bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim yang ditangkap di bawah ISA dan beberapa buku yang ditulis secara terpeinci oleh seorang penulis bernama Mutalib MD mengenai projek IC di zaman Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh.
“Dia (Hassnar) masuk ISA kerana peranannya dalam projek IC. Dia dedah ada mesyuarat yang dijalankan di Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Megat Junid Megat Ayub, siapa yang hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ahmad Sarji, Pengarah JPN Sabah, Haji Sani Adnan dan beberapa orang lagi,’”
“Dalam buku Mutalib, Projek IC- agenda tersembunyi Mahathir, dia tulis terang-terang siapa yang ada pada mesyuarat itu. Semua ada ditulis di dalam buku itu,” katanya yang kini telah menyertai KEADILAN.
Katanya, beliau langsung tidak berharap kerajaan Umno-BN akan mempunyai kesungguhan politik untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat isu itu yang disifatkan sudah begitu kritikal.
“Kita boleh selesai hanya dengan satu cara, kita tukar kerajaan di Putrajaya. Kita Pakatan Rakyat, Pas, Keadilan dan DAP telah bersetuju akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan awam untuk menyiasat perkara ini. Ini kerana soal keselamatan, kedaulatan kita untuk anak-anak cucu kita pada masa akan datang,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8812

Monday, February 28, 2011

Lagi Masyarakat Keningau Yang Teraniya

Laluan ke Kampung Lingkudau, Keningau
Tidak hairan kalau kita diceritakan bahawa masih terdapat kampung-kampung pedalaman di daerah kecil Sook yang masih belum menerima kemudahan bekalam elektrik dan air. Tapi sekiranya kedhaifan yang sama kita dengar wujudnya keadaan yang sama berlaku di sebuah kampung yang berada tidak jauh dari sebuah Pekan yang agak besar di Sabah nie. Pinggir bandar Keningau, wujud sebuah kampung yang boleh dikatagorikan sebagai dhaif dan mengecewakan mata memandang. Saya sempat berkunjung ke situ-kampung yang diberi nama Lingkudau- untuk melihat keadaan masyarakat sekeliling walaupun saya bukanlah YB atau apa-apa. Namun, suatu yang agak mengejutkan saya hampir kesemua masyarakat itu beragama Islam.

Sempat kamiberbual-bual dan bertanya kepada penduduk di situ tentang  asal penempatan mereka di Kampung tersebut. Hampir keseluruhan masyarakat di situ didatangkan daripada mangsa ribut Greg yang berlaku di daerah Keningau hujung tahun 90 an. Kami dimaklumkan bahawa penempatan tersebut adalam merupakan hasil projek Tun Ghafar Baba yang telah telah menyediakan kawasan tanpa geran yang sah dan memuatkan penempatan masyarakat disitu seperti sardin.
Kanak-kanak dari Kampung Lingkudau

Apabila ditanya tentang kehadiran YB yang bertanggungjawab di situ, mereka menyatakan setakat kehadiran mereka di situ, belum ada YB yang hadir untuk mendengar masalah-masalah yang mereka hadapi. Penduduk kampung tersebut sehingga kini belum pernah menikmati jalan berturap ke kawasan penempatan mereka. Kemudahan elektrik dan air juga masih belum dinikmati walaupun sabah adalah negeri yang mendapat peruntukan yang besar dari kejaraan pusat. terkesan kami apabila kami ditunjukkan kad pengenalan sah yang mereka miliki bagi menunjukkan bahawa mereka adalah warganegara yang sah dan layak menikmati kemudahan yang disediakan kepada warganegara yang lain.
Masyarakat Terpaksa Menggunakan
Air Telaga Yang Tercemar Untuk  Keperluan Harian

Satu lagi projek kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Barang Naik hari ini apabila masih terdapat masyarakat yang 'melukut ditepi gantang' yang menagih kasih dan simpati di dalam negera mereka sendiri. Ataupun mereka sendir adalah projek yang dicipta oleh kerajaan BN itu sendiri untuk meraih kuasa di bumi Kayu Manis ini....????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...