Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Saturday, July 9, 2011

UMNO DIAMBANG KEMUNCAK KETAKUTAN

Bersih 2.0 telah menjadi suatu fenomena negara yang semakin membimbangkan dan menakutkan pemimpin-peminpim UMNO dan Barisan Nasional apabila dilihat Himpunan yang bakal dianjurkan pada 9 Julai 2011 mampu dilihat sebagai himpunan menumbangkan kerajaan zalim itu. Pelbagai spekulasi dan fitnah cuba ditimbulkan ikutan ketakutan mereka terhadap kebangkitan dan kesedaran rakyat terhadap politik tanahair. Bermula dengan provokasi yang lansung tak masuk akal di mana perhimpunan bersih 2.0 didalangi oleh sekumpulan yang berfahaman komunis dan berhasrat untuk menggulingkan kerajaan pada hari perhimpunan tersebut. 


Rakyat Jadi Sasaran
Tangkapan-demi tangkapan dibuat kepada sesiapa yang sahaja yang dilihat semacam menyokong perhimpunan Bersih ini. Seperti mana pernah suatu ketika dahulu dan hingga sekarang, Amerika Syarikat pernah membuat tindakan bodoh dan bersifat tak masuk akal apabila menangkap setiap mangsanya yang dilihat mengancam keselamatan dengan alasan mereka adalah pengganas dan terroris. Formula yang sama juga telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO dan BN ini untuk menangkap dan mendera rakyat. Ditahan di bawah Akta Darurat yang lansung tak masuk akal. Apakah BN takut sangan dengan lapan(8) tuntutan Bersih yang dibuat bagi melihat perjalanan pilihanraya di negara ini berjalan dengan baik dan lebih telus. Di sini Suara Keningau menakalkan lapan(8) tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0:

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Merefomasi undi pos
  3. Guna dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang bebas dan adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor
Apalah susah sangat untuk menerima tuntutan tersebut. bukannya Bersih 2.0 meminta agar diberikan kerajaan kepada pihak pembangkang terus(tanpa pilihanraya). Kalau orang yang waras akalnya pasti akan melihat bahawa tuntutan Bersih ini adalah wajar dan tiada masalah. Apa yang perlu ditakutkan?

UMNO BN Memang Pandai Bersandiwara
Selepasa pelbagai spekulasi cuba diwujudkan, namun kesungguhan pengan himpunan Bersih tetap nekad untuk meneruskan hasrat tersebut. Apa yang berlaku ialah lakonan pihak kerajaan mulalah bermula. Bermacam-macam kerenah yang dilakukan. Bermula dengan perhimpunan ini tak boleh diteruskan, lalu ditiukarkan ke Dataran Meredeka. Cadangan pihak kerajaan pun diterima baik oleh pengajur Perhimpunan Bersih 2.0 dan mengubah tempat perhimpunan ke Dataran Merdeka. Setelah itu, rasanya pihak BN UMNO nie belum puas untuk kerjakan Bersih 2.0. maka keluarlah kenyataan bahawa perhimpunan tak boleh dibuat di Kuala Lumpur, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, maka permit akan diberikan. Apakah bentuk sandiwara nie? Apakah mereka sedar bahawa segala bentuk penipuan dan kezaliman, mangsanya ialah rakyat yang merupakan pembayar cukai kepada negara. Apakah salah bagi seorang warganegara ingin menyuarakan rasa tidak puas hati mereka atas ketidak telusan pihak kerajaan menguruskan hal-hal berkaitan pemilihan pemimpin-pemimpin mereka. 

UMNO BN Di Ambang Ketakutan Yang Memuncak
Dengar sahaja berkataan Bersih, mungkin saudara akan ditangkap. Itulah gambaran situasi dan keadaan negara kita hari ini. Jika anda memeakai baju kuning pun miungkin akan ditangkap seperti yang berlaku dibanyak tempat di negara ini. Jika anda minum semeja dengan orang-orang yang memeakai baju Bersih yang berwarna kuning, anda mungkin juga akan menjadi mangsa tangkapan polis seperti apa yang berlaku di Kota Kinabalu baru-baru ini. Polis ada kuasa untuk menangkap semua rakyat cukup hanya sekadar dia memakai baju yang berwarna kuning. Pelik dan ajaib. Ada apa dengan warna kuning? Polis pun hari ini tak dapat duduk diam di balai atau pejabat kerana terpaksa membuat kawalan di setiap jalan dan kawasan. Jadi, di balai hanya ada office boy dan kerani tukang ambil report sahaja. Dua hari yang lalu, ada seorang rakan memaklumkan kepada saya, apabila dia hendak membuat laporan polis Keningau atas kehilangan motosikal yang baru dibeli beberapa hari sebelum itu, seorang pegawai yang ditugaskan untuk mengambil laporan mengatakan bahawa siasatan tak dapat dijalankan lagi kerana semua pegawai dikerahkan ke Kota Kinabalu berikutan mendapat maklumat bahawa akan ada satu perhimpunan Bersih 2.0 peringkat negeri sabah akan diadakan di ibu negeri itu. Bergegaslah semua polis pergi ke sana.

UMNO BN Sudah Nazak
UMNO Bn kini sudah memasuki tahap nazak dan tak mampu lagi menahan saat-saat berakhirnya tahta pemerintahan mereka yang bersikap kuku besi dan penuh dengan kezaliman. Peliknya di negara ini, biarpun secara terang-terangan rakyat menolak mereka, namun pemimpin UMNO BN semacam pekak badak saja. Mungkin BN kini yang dipimpin UMNO cuba mengadaptasi cara dan bentuk kezaliman setaraf Muammar Gaddafi dalam mengurus kebangkitan rakyat-rakyat adalah sasarannya. Mudah-mudahan kebangkitan rakyat akan terus memuncak sehinggalah PRU 13 akan datang dan rakyat akan melihat tumbangnya kerajaan zalim BN dengan cara yang sungguh memalukan. Ayuh kita buktikan!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...