Merujuk kepada tulisan yang telah dipaprkan di laman sesawang keningaukini.com menyebut kenyataan YB Tan Sri Joseph Kurup yang mengatakan bahawa demontrasi jalanan adalah suatu budaya yang merbahaya yang dibawa dari Semenanjung Malaysia. Nampaknya kekhuatian beliau nampaknya semakin menghantui beliau apabila sudah ada kelompok masyarakat yang ‘buka mata’ melihat kebenaran yang selama ini telah dibutakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sejak sekian lama. Suara keningau melihat bahawa kekhuatiran itu tidak lebih sekadar kebimbangan beliau terhadap masa depan politik peribadi beliau sendiri. Tan sri Harus ingat bahawa, demonstrasi adalah suatu bentuk luahan perasaan atas kesedaran rakyat di atas kepincangan pemerintahan dan urustadbir pemimpin mereka yang rakus dan gila kuasa. Di sini, Suara Keningau cuba mendatangkan kenyataan yang dikemukakan penulis Keningaukini bertarikh 11 Mei 2011:
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekhuatirannya dengan tindakan demonstrsi jalanan sebagai satu budaya baru yang dibawa oleh pihak luar, yang jika dibiarkan bakal menjadi gangguan ketenteraman awam dan perbalahan di kalangan berbilang etnik di kawasan pedalaman.
Persoalannya, ketenteraman siapa yang dimaksudkan oleh Tan Sri “Korup” ni? Ketenteraman awam seperti yang dimaksudkan atau ketenteraman beliau sendiri. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, demonstrasi tersebut dilakukan adalah bagi mendapatkan hak pemilikan tanah yang sudah lama diusahakan oleh penduduk yang kini dirampas oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukannya tak tahu tentang perkara berkenaan. Ketenteraman yang bagaimanakan dimahukan oleh Tan Sri ‘Korup’ ni. Adakah beliau akan rasa tenteram dengan melihat kesukaran dan kesusahan yang terpaksa dialami oleh rakyat atas kezaliman pemimpin-pemimpin mereka atau biarlah rakyat berada dalam keadaan ‘bodoh’ sehingga tidak tahu berbuat apa-apa tindakan asalkan peminpin mereka berseronok dengan kuasa yang mereka miliki? Tan Sri Korup perlu meliahat bagaimana fenomena kebangkitan rakyat di Semenanjung Malaysia sehingga menumbangkan kerajaan BN di lima buah negeri? Bukankah semua ini adalah berasaskan kesedaran dan pengetahuan rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN. Ini bukan soal pihak luar tetapi ini soal rakyat dan kebajikan mereka. Korup mingkin boleh duduk diam dan tak perlu kerja keras menabur duit dan projek jika rakyatnya masih ‘bodoh’ dan tidak tahu menentang kerajaan yang zalim ini.
“Selama ini, rakyat di kawasan Pedalaman, khususnya Kawasan Sook, hidup dalam keadaan rukun dan damai. Semangat saling hormat menghormati, toleransi dan semangat kekitaan menjadi amalan hidup. Tidak pernah berlaku tindakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan walaupun sebesar mana masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kampong”. Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Showing posts with label Berita Keningau. Show all posts
Showing posts with label Berita Keningau. Show all posts
Saturday, May 14, 2011
Monday, February 28, 2011
Lagi Masyarakat Keningau Yang Teraniya
| Laluan ke Kampung Lingkudau, Keningau |
Sempat kamiberbual-bual dan bertanya kepada penduduk di situ tentang asal penempatan mereka di Kampung tersebut. Hampir keseluruhan masyarakat di situ didatangkan daripada mangsa ribut Greg yang berlaku di daerah Keningau hujung tahun 90 an. Kami dimaklumkan bahawa penempatan tersebut adalam merupakan hasil projek Tun Ghafar Baba yang telah telah menyediakan kawasan tanpa geran yang sah dan memuatkan penempatan masyarakat disitu seperti sardin.
| Kanak-kanak dari Kampung Lingkudau |
Apabila ditanya tentang kehadiran YB yang bertanggungjawab di situ, mereka menyatakan setakat kehadiran mereka di situ, belum ada YB yang hadir untuk mendengar masalah-masalah yang mereka hadapi. Penduduk kampung tersebut sehingga kini belum pernah menikmati jalan berturap ke kawasan penempatan mereka. Kemudahan elektrik dan air juga masih belum dinikmati walaupun sabah adalah negeri yang mendapat peruntukan yang besar dari kejaraan pusat. terkesan kami apabila kami ditunjukkan kad pengenalan sah yang mereka miliki bagi menunjukkan bahawa mereka adalah warganegara yang sah dan layak menikmati kemudahan yang disediakan kepada warganegara yang lain.
| Masyarakat Terpaksa Menggunakan Air Telaga Yang Tercemar Untuk Keperluan Harian |
Satu lagi projek kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Barang Naik hari ini apabila masih terdapat masyarakat yang 'melukut ditepi gantang' yang menagih kasih dan simpati di dalam negera mereka sendiri. Ataupun mereka sendir adalah projek yang dicipta oleh kerajaan BN itu sendiri untuk meraih kuasa di bumi Kayu Manis ini....????
Tuesday, June 16, 2009
Selamat kembali
Asslamualaikum,
Selamat kembali bertugas kepada semua para pendidik...maaflah kalau bolog nie tak sempat nak di updatekan. Bukan sengaja tak nak update. tapi ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
Cerita tak best...
Nie yang kalam dengar dari sumber yang sangat boleh dipercayai....tidak berhajat nak dinyatakan kat sini secara terperinci..tapi sebagai nasihat kalau ada di antara teman-teman, rakan-rakan kia yang ada buat perkara yang perlu ditegur tu...harap-harapnya tegurlah....kita kan berada di tempat orang. kalau hidup nafsi-nafsi memang akan dibawa arus. kita datang ke bumi Sabah nie dengan niat yang baik, menyampaikan ilmu kepada anak bumi Sabah selain mencari rezeki yang halal kan...tapi kalau kita bawa label tak bagus kepada warga semenanjung macam mana pulak kan....
Moral....jagalah tepi kain orang tapi jangan masuk dalam kain....
Selamat kembali bertugas kepada semua para pendidik...maaflah kalau bolog nie tak sempat nak di updatekan. Bukan sengaja tak nak update. tapi ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.
- Pertama, untukmakluman semua kalam baru sahaja pindah rumah.. jadi line internet belum disambung. lama jugak TM buat kerja. dah masuk dua bulan pindah tapi tak dapat buat connection. nie pun terpaksa guna broadband. maklumlah kalau guna broadband...punya la lambat
- Memang akhir-akhir nie kalam memang sibuk sampai tak sempat nak tengok blog pun.
Cerita tak best...
Nie yang kalam dengar dari sumber yang sangat boleh dipercayai....tidak berhajat nak dinyatakan kat sini secara terperinci..tapi sebagai nasihat kalau ada di antara teman-teman, rakan-rakan kia yang ada buat perkara yang perlu ditegur tu...harap-harapnya tegurlah....kita kan berada di tempat orang. kalau hidup nafsi-nafsi memang akan dibawa arus. kita datang ke bumi Sabah nie dengan niat yang baik, menyampaikan ilmu kepada anak bumi Sabah selain mencari rezeki yang halal kan...tapi kalau kita bawa label tak bagus kepada warga semenanjung macam mana pulak kan....
Moral....jagalah tepi kain orang tapi jangan masuk dalam kain....
Sunday, October 12, 2008
Aidilfitri Bersama Masyarakat Islam Nabawan
Baru-baru ini kalam dan beberapa teman yang lain berkesempatan hadir ke majlis Sambutan Aidilfitri bersama masyarakat islam Nabawan. ramai juga yang datang. Lebih kurang 300 hingga 400 orang. Umat Islam dihimpunkan dari seluruh kampung di Nabawan termasuk Pensiangan dan Pergalungan. Subhanallah...sambutan agak sederhana tetapi meriah sekali. Apa yang manarik perhatian kalam, program tu bukan sekadar majlis makan-makan saja, tapi ada program motivasi dan sedikit ceramah yang disampaikan oleh orang-rang yang hebat seperti Ust Januar, En. Hisamuddin Sulaiman dan Cg Anuar Alidari Yayasan Amal. Tumbang juga seekor lembu. Dari Keningau; ada beberapa buah keluarga yang turut serta termasuk keluarga Ust saiful, Ust Zakri, Ust Januar, Ust Syakir dan beberapa wakil muslimat dan ustaz-ustaz (bujang lagi....hehehehe). Program tersebut dianjurkan bersama oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan JAKIM. Nie dia gambar-gambarnya.....
Kerja-kerja gotong-royong mula dijalankan pada awal pagi lebih kurang jam 7.00 pagi. dah ramai dah masa tu...kalam dan sahabat yang lain sampai pada masa tu dah ramai masyarakat islam yang datang. Rupa-rupanya ramai juga masyakat Islam kat bumi Sabah nie. nak habaq mai kat kawan-kawan juga...kalam tak lepaskan peluang jumpa dengan sahabat-sahabat pendidik di nabawan. Syoknya..lama tak jumpa depa...sempat juga tanya pasal gerak kerja dakwah kat sana...Alhamdulillah kata nabawan Ustaz Syamsul....jadi pengerusi Masjid di Nabawan...nak tau pasai apa...hahahaha...dia kawin dengan orang tempatan....so..paham-paham la no. Akhir sekali kalam nak tambah...orang islam kat Nabawan nie memang ramai...tapi macam mana dengan Islam diaorang adakah mendapat perhatian....sapa nak dipersalah...jangan salahan bapa yang tak boleh nak mengamdung.
Kalam kata: Tepuk Dada Tanya Diri...
Kalam kata: Tepuk Dada Tanya Diri...
Subscribe to:
Posts (Atom)