Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Saturday, May 14, 2011

DEMONSTRASI JALANAN BAHAYA…..SIAPA YANG TERANCAM???

Merujuk kepada tulisan yang telah dipaprkan di laman sesawang keningaukini.com menyebut kenyataan YB Tan Sri Joseph Kurup yang mengatakan bahawa demontrasi jalanan adalah suatu budaya yang merbahaya yang dibawa dari Semenanjung Malaysia. Nampaknya kekhuatian beliau nampaknya semakin menghantui beliau apabila sudah ada kelompok masyarakat yang ‘buka mata’ melihat kebenaran yang selama ini telah dibutakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sejak sekian lama. Suara keningau melihat bahawa kekhuatiran itu tidak lebih sekadar kebimbangan beliau terhadap masa depan politik peribadi beliau sendiri. Tan sri Harus ingat bahawa, demonstrasi adalah suatu bentuk luahan perasaan atas kesedaran rakyat di atas kepincangan pemerintahan dan urustadbir pemimpin mereka yang rakus dan gila kuasa. Di sini, Suara Keningau cuba mendatangkan kenyataan yang dikemukakan penulis Keningaukini bertarikh 11 Mei 2011:


Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekhuatirannya dengan tindakan demonstrsi jalanan sebagai satu budaya baru yang dibawa oleh pihak luar, yang jika dibiarkan bakal menjadi gangguan ketenteraman awam dan perbalahan di kalangan berbilang etnik di kawasan pedalaman.

Persoalannya, ketenteraman siapa yang dimaksudkan oleh Tan Sri “Korup” ni? Ketenteraman awam seperti yang dimaksudkan atau ketenteraman beliau sendiri. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, demonstrasi tersebut dilakukan adalah bagi mendapatkan hak pemilikan tanah yang sudah lama diusahakan oleh penduduk yang kini dirampas oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukannya tak tahu tentang perkara berkenaan. Ketenteraman yang bagaimanakan dimahukan oleh Tan Sri ‘Korup’ ni. Adakah beliau akan rasa tenteram dengan melihat kesukaran dan kesusahan yang terpaksa dialami oleh rakyat atas kezaliman pemimpin-pemimpin mereka atau biarlah rakyat berada dalam keadaan ‘bodoh’ sehingga tidak tahu berbuat apa-apa tindakan asalkan peminpin mereka berseronok dengan kuasa yang mereka miliki? Tan Sri Korup perlu meliahat bagaimana fenomena kebangkitan rakyat di Semenanjung Malaysia sehingga menumbangkan kerajaan BN di lima buah negeri? Bukankah semua ini adalah berasaskan kesedaran dan pengetahuan rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN. Ini bukan soal pihak luar tetapi ini soal rakyat dan kebajikan mereka. Korup mingkin boleh duduk diam dan tak perlu kerja keras menabur duit dan projek jika rakyatnya masih ‘bodoh’ dan tidak tahu menentang kerajaan yang zalim ini.

“Selama ini, rakyat di kawasan Pedalaman, khususnya Kawasan Sook, hidup dalam keadaan rukun dan damai. Semangat saling hormat menghormati, toleransi dan semangat kekitaan menjadi amalan hidup. Tidak pernah berlaku tindakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan walaupun sebesar mana masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kampong”. Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Apa yang perlu difikirkan bersama-sama, adakah hari ini apabila rakyat bangkit dan menyatakan hak mereka yang teraniya, maka sudah hilang sekaligus budaya rukun tetangga yang diamalkan selama ini. Joseph Kurup bukan sekadar hilang pengaruh hari ini, bahkan beliau sedang mengalami korup modal untuk menawan hati rakyat beliau yang sudah tidak mahukan beliau memimpin mereka. Nampaknya Joseph Kurup cukup merasa selesa dengan keadaan kemiskinan yang diamalmi oleh penduduk Sook selama ini. Sikap beginilah yang akhirnya akan memporakperandakan Negara. Membiarkan rakyat dalam keadaan bodoh, terjaajh minda walau berada di Negara yang sudah merdeka. Penjajahnya pula berlagak macam seorang hero rakyat yang kononnya mempertahankan bangsa, tetapi melenyapkan dan mendiamkan rakyat dalam kebodohan yang beliau sendiri cipta. Siapa yang tidak tahu kedhaifan Sook hari ini, walaupun sudah berapa lama Joseph Kurup menjadi wakil rakyat di kawasan ini. Inilah wajah sebenar Kurup yang cakap tak serupa bikin.

“Mengambil bahagian di dalam Demonstrasi Jalanan adalah salah di sisi undang-undang. Walaupun Negara kita mengamalkan sistem demokarasi, tetapi jangan guna demokrasi sebagai dalil untuk memecahbelahkan rakyat dan memporakperanda ketenteraman awam. Jika kamu bersubahat dengan mereka yang mempunyai agenda betentangan dengan adat dan budaya kita, ini bermakna kita turut menyumbang kearah memusnahkan perpaduan yang selama ini dipupuk dan dipelihara serta diharapkan oleh kerajaan kita. Jika hal ini terjadi, siapa yang rugi?.” Ujar Kurup.

Suatu persoalan yang perlu diutarakan di sini, siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Kurup….???Inikah sentimen Semenanjung-Sabahan yang digembar-gemburkan oleh Kurup. Dan inilah modal untuk beliau terus berkuasa. Seorang pemimpin yang diberikan tanggungjawab besar memimpin rakyat, tetapi mengabaikannya sepanjang masa beliau berkuasa dan muncul di akhir-akhir masa pilihanraya…inikah yang dikatakan budaya dan adat baik yang didakwa oleh Kurup. Tanggungjawab memajukan kawasan sook terlebih dahulu pentingnya daripada beliau menjaja nama mencari kuasa. Sudahlah….tak usah lagi bercakap kalau sudah tak ada modal.

Suka untuk saya menyatakan suatu pepatah yang sangat mashur suatu ketika dahulu namun tidak sesuai lagi untuk digunakan hari ini iaitu: biar mati anak, jangan mati adat. Agama sendiri melarang kita membiarkan anak tergadai demi mempertahankan suatu adat yang tidak menjadi tuntutan dalam agama. Namun inilah yang diamakan oleh Kurup, demi mempertahankan periuk nasi beliau, biarkan rakyat terus miskin dan ditindas tetapi jangan lupa untuk memperbodoh-bodohkan mereka dengan gula-gula di musim pilihanraya. Hakikatnya, atas nama kuasa yang dipertahankan, adat pula yang kononnya diperjuangkan.

Rakyat seharusnya disedarkan dari lena yang panjang bahawa sehingga ke hari ini, pelbagai kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Janganbiarkan rakyat menderita demi menjaga karier politik dan perut orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Ini bukan soal demonstrai tetapi yang lebih penting lagi ialah maruah dan harga diri. Jangan birkan diri tergadai, maruah diri koyak dek kerana kerakusan pemimpin-pemimpin mereka yang gila kuasa. BANGKITLAH WAHAI SAUDARAKU….

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...