Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Saturday, July 9, 2011

Kebangkitan Rakyat Dari Bersih 2.0: Selamat Tumbangkan UMNO Barisan Nasional

Sabtu, 9 Julai 2011 telah membuatkan Bandaraya Kualau Lumpur bagai pekan yang sudah mati. Sejak awal pagi lagi, ribuan buah kedai ditutup hinggalah hari petang. Kelihatan puluh ribu anggota polis berkawal di setiap jalan-jalan utama dan tempat-tempat awan yang biasanya menjadi perhatian dan kunjungan warga kota. Namun, hari ini Kuala Lumpur seolah-olah ditawan oleh suatu puaka yang sangat menakutkan. Apakah ini disebabkan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap dijalankan walau pun mendapat larangan pihak polis. Walaupun penganjur Bersih 2.0 telah berulang-ulang kali mengulangi janji mereka bahawa perhimpunan tersebut adalah berlansung secara aman dan santai sahaja. Tidak ada sebarang kerosakan akan wujud. Perhimpunan yang berasaskan kepada slogan yang dibawa iaitu "Walk For Democracy".

Kuala Lumpur Diselubungi Lembaga Hitam
Hari ini, Kualau Lumpur diselubungi lembaga hitam sebagaimana yang pernah berlaku dalam tahun 1998 era kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman kerajaan Mahathir yang menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bahkan lembaga hitam untuk kali ini lebih dahsyat. Polis yang membanjiri Kuala Lumpur dengan pakaian blue black mereka menjadi kegerunan rakyat termasuk para peniaga yang menjalankan urusan perniagaan mereka di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Semua polis dari seluruh negara dikerahkan untuk turun berjaga dan berkawal di Kuala Lumpur. Kehadiran mereka dengan lagak seperti menyambut ratusan ribu penjenayah dan terroris negara. Melihat kepada persiapan barisan polis ini, seolah-olah negara Malaysia akan menghadapi peperangan yang sangat dahsyat dan musuhnya juga bukan calang-calangnya.


Polis Sekali Lagi Menjadi Barua UMNO dan Barisan Nasional
Sangat memalukan bagi seorang yang bergelar rakyat Malaysia dan memikul amanah menjaga keselamatan negara, polis sekali lagi mengulangi perangai samseng mereka ketika meredakan perhimpunan Bersih 2.0 hari ini. Tidak sedikit dari peserta Bersih 2.0 yang ceder, bahkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia juga mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Pantai. Mana yang dirasakan wajar dipukul, hendaklah dilanyak habis-habisan. Jangan simpan lagi... Sedangkan peserta-peserta Bersih 2.0 bukan penjenayah apatah pengganas yang membawa senjata yang merbahaya. Mereka juga warganegara ini yang mesti dihormati dan selayaknya dilayak seadilnya. Kalaupun tidak secara undang-undangnya, sewajarnya mereka dilayan sebagai warganegara ataupun dengan menepati nilai-nilai kemasyarakatan orang Malaysia yang penuh dengan adab dan sopan. Namun apa yang berlaku, peserta Bersih 2.0 dilayan sebagai penderhaka. Mereka diseret, dipukul dan dibelasah tanpa ada belas kasihan sehingga ada di kalangan mereka yang mengalami kecederaan di bahagian kepala. Apakah ini sebenarnya tugas polis? Menjadi samseng kepada rakyat yang hanya menuntut keadilan kepada pihak yang berkuasa.

Hero Hutan Berbulu Merah
Dalam celah-celah kebobrokan sistem keselamatan yang sangat mengecewakan, muncul pula dua tiga ketul hero hutan yang menyalak peserta Himpunan tersebut. Berpakaian merah kononnya ingin menjadi jaguh atas nama cintakan negara. Kenapa beria-ia sangat Khairi dan geng-geng samsengnya turun menjadi benteng kepada kezaliman kerajaan BN UMNO. Tidak perlulah Khairi mengambil kesempatan dari kesempitan yang ada dalam negara ini. Atau tak perlulah Khairi ingin mencari publisiti murahan mengangkat namanya sendiri di persada politik kotor Barisan Nasional. Terimalah hakikat bahawa dia(Khairi) sudah expired dalam UMNO. Berjuanganglah sebagai anak jantan di luar gelanggang UMNO yang sudah koyak rabak tu.



Bersih 2.0: Memory Of Truth
Setelah berbagai-bagai spekulasi dan janji-janji kosong pihak pemerintah dan UMNO BN, akhirnya Bersih 2.0 mampu melakar sejarahnya untuk ke sekian kalinya dalam sejarah tanahair Malaysia. Walaupun gagal menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong, namun semangat dan kebangkitan rakyat yang mampu diserlahkan dari perhimpunan ini ammpu menjadi momentum dan gelombang yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan zalim UMNO Bn dalam PRU 13 akan datang. Ternyata, UMNO BN masih tidak mampu melaksanakan ketelusan dalam segenap segi dalam pemerintahan mereka. Kita lihat, apakah dengan keengganan mereka akur dengan kehendak rakyat akan memungkinkan mereka terus berkuasa atau mereka terpaksa akur sebagai banduan rakyat yang akan ranap dalam pilihanraya umum akan datang. Bangkitlah wahai bangsaku. Di tangan anda ada satu kuasa yang luar biasa, iaitu kuasa menjatuhkan kuasa pemerintah yang zalim dan gila kuasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...