Sudah semestinya perancangan Allahlah yang paling tepat. Pelbagai cara cuba diusahakan walaupun tanpa mengambil kira batasan dan garis panduan agama. Asalkan dapat terus berkuasa menahan takhta yang didakwa milik UMNO yang punya. Apa sebenarnya helah mereka nie...kononnya nak cari kebenaran bahawa Anwar memang lelaki jahannam yang perlu dimusnahkan. Tetapi hakikatnya kebenaran akan terus terserlah akhirnya. Kata Ketua polis negara, Tan sri Ismail Omar, "siasatan sudah di peringkat akhir". Maknanya siasatan hampir sudah selesai tanpa dipanggil orang yang dituduh dan pihak yang terlibat. Apa punya penyiasatan. Bukankah polis malaysia sentiasa mengagungkan slogan "Tegas Adil Berhemah". Adakah berhemah maksudnya sekiranya pihak yang dipersalahkan tidak disoalsiat kebenarannya. adakah adil namanya sekiranya saksi yang terlibat lansung tidak dilibatkan dalam siasatan. Pelik, pelik....Mungkin itulah tafsiran hebatnya polis Malaysia.
Dan yang lebih pelik lagi, dalam sibuk-sibuk malaysia dan rakyatnya ditimba krisis fitnah yang dahsyat, mufti-mufti Malaysia asyik sibut dok bincang pasal tarian poco-poco. Sedangkan tarian tu dah lama diamalkan di negara ini. Bukan soal tarian itu tak penting, tapi kenapa sekarang baru dok sibuk. takkan setakat itu sahaja kesedaran mufti-mufti kita. mana Dato harussani yang dulunya lantang bercakap walaupun terpaksa menuding kesalahan kepada pihak kerajaan. Hari ini, diam tanpa sebarang komen walaupun sudah banyak media mendesak agar institusi ulama bersuara. Bukan suruh jadi hakim tapi nyatakan pendapat dan pendirian agama atas isu fitnah ini.....apa hukumnya....kenapa media masih bercakap walau belum ada kebenarannya...apa hukumnya pula...apa yang harus rakyat lekukan dengan isu sebegini....Awas berhati-hati dengan peringtana Rasulullah bahawa ulama jangan jadi SYAITAN BISU....
Semua rakyat maklum bahawa ini adalah satu lagi sandiwara najib untuk meraih sokongan rakyat terutama dalam musim-musim pilihanraya Negeri Sarawak nie...
DIAM-DIAM HARGA MINYAK NAIK PULAK..
Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain. Adakah ini transfomasi Najib untuk rakyat????
No comments:
Post a Comment