Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Friday, May 20, 2011

Hari Guru: Apa Sudah Dengan 400,000 Guru Biasa?

Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.”Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi “teras” pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan “tonggak” pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

“Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah,” katanya.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

“Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai,” katanya.

Wednesday, May 18, 2011

Jangan Kurangkan Subsidi, Untuk Menindas Rakyat.

Idris Ahmad
17/Mei/2011.
Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yasin merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu. Menurut beliau RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu. Pas telah menjangka ini adalah alasan untuk kerajaan menaikkan minyak RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat.
Kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat. Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it’am (bantuan beras kepada orang miskin). Inilah contoh kepimpinan rakyat yang prihatin kepada rakyat dengan memikirkan bagaimana untuk beri kepada rakyat bukan memikir untuk ambil hak rakyat.
Kenapa kerajaan hanya hendak menyalahkan subsidi sehingga kerajaan rasa terbeban dengan pemberian subsidi kepada rakyat.

Saturday, May 14, 2011

DEMONSTRASI JALANAN BAHAYA…..SIAPA YANG TERANCAM???

Merujuk kepada tulisan yang telah dipaprkan di laman sesawang keningaukini.com menyebut kenyataan YB Tan Sri Joseph Kurup yang mengatakan bahawa demontrasi jalanan adalah suatu budaya yang merbahaya yang dibawa dari Semenanjung Malaysia. Nampaknya kekhuatian beliau nampaknya semakin menghantui beliau apabila sudah ada kelompok masyarakat yang ‘buka mata’ melihat kebenaran yang selama ini telah dibutakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sejak sekian lama. Suara keningau melihat bahawa kekhuatiran itu tidak lebih sekadar kebimbangan beliau terhadap masa depan politik peribadi beliau sendiri. Tan sri Harus ingat bahawa, demonstrasi adalah suatu bentuk luahan perasaan atas kesedaran rakyat di atas kepincangan pemerintahan dan urustadbir pemimpin mereka yang rakus dan gila kuasa. Di sini, Suara Keningau cuba mendatangkan kenyataan yang dikemukakan penulis Keningaukini bertarikh 11 Mei 2011:


Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) , Tan Sri Joseph Kurup melahirkan kekhuatirannya dengan tindakan demonstrsi jalanan sebagai satu budaya baru yang dibawa oleh pihak luar, yang jika dibiarkan bakal menjadi gangguan ketenteraman awam dan perbalahan di kalangan berbilang etnik di kawasan pedalaman.

Persoalannya, ketenteraman siapa yang dimaksudkan oleh Tan Sri “Korup” ni? Ketenteraman awam seperti yang dimaksudkan atau ketenteraman beliau sendiri. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, demonstrasi tersebut dilakukan adalah bagi mendapatkan hak pemilikan tanah yang sudah lama diusahakan oleh penduduk yang kini dirampas oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukannya tak tahu tentang perkara berkenaan. Ketenteraman yang bagaimanakan dimahukan oleh Tan Sri ‘Korup’ ni. Adakah beliau akan rasa tenteram dengan melihat kesukaran dan kesusahan yang terpaksa dialami oleh rakyat atas kezaliman pemimpin-pemimpin mereka atau biarlah rakyat berada dalam keadaan ‘bodoh’ sehingga tidak tahu berbuat apa-apa tindakan asalkan peminpin mereka berseronok dengan kuasa yang mereka miliki? Tan Sri Korup perlu meliahat bagaimana fenomena kebangkitan rakyat di Semenanjung Malaysia sehingga menumbangkan kerajaan BN di lima buah negeri? Bukankah semua ini adalah berasaskan kesedaran dan pengetahuan rakyat terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN. Ini bukan soal pihak luar tetapi ini soal rakyat dan kebajikan mereka. Korup mingkin boleh duduk diam dan tak perlu kerja keras menabur duit dan projek jika rakyatnya masih ‘bodoh’ dan tidak tahu menentang kerajaan yang zalim ini.

“Selama ini, rakyat di kawasan Pedalaman, khususnya Kawasan Sook, hidup dalam keadaan rukun dan damai. Semangat saling hormat menghormati, toleransi dan semangat kekitaan menjadi amalan hidup. Tidak pernah berlaku tindakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan walaupun sebesar mana masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kampong”. Kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Monday, May 9, 2011

Tiada Paderi Mahu Kristian Agama Rasmi

GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.

Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.

"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya.
Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.

"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.

"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini.
Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.

"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat.  Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri.  Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.

Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.

"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini.  Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.

Umno dalangi

Sementara itu, spekulasi  'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).

Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.

"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...