Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Sejarah Keningau


Sejarah Daerah Keningau
Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan.  Kayu Koningau ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai bahan rempah dalam masakan sehingga mendapat jolokan "Raja Rempah Ratus".  Kemasyhurannya  telah menarik perhatian ramai saudagar-saudagar asing untuk memperdagangkannya di pasaran antarabangsa.

Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing.  mereka inilah yang memberi gelaran "KampungKeningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.

 Nama KENINGAU terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.
Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...