Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Monday, July 11, 2011

Ketua Pemuda PAS Sabah Ditahan Polis

Ahad, 10 Julai 2011, kegilaan polis nempak belum pulih sepenuhnya apabila berlaku lagi penangkapan yang dibuat terhadap saudara Lahirul Latigu yang merupakan Ketua Pemuda PAS Sabah bersama seorang aktivis Saudara Ahman Bustaman. Setakat jam 12.00 malam, dilaporkan mereka belum dilepaskan. Tangkapan dibuat atas alasan yang sangat lucu dan bersifat kebudak-budakan iaitu Sdr Lahirul dikatakan memakai baju kuning yang bertulis Bersih 2.0. Mereka lalu dibawa ke balai polis Alam Mesra dan terbaru maklumat menyatakan mangsa dibawa ke balai polis Karamunsing.

Apakah ini sebenarnya ketakutan polis atau ketakutan Barisan Nasional? Ternyata bahawa polis sebenarnya sudah tersasar dari jalan tugas dan amanah yang dipikulkan rakyat kepada mereka. Kalau mereka beralasankan keselamatan negara terancam dengan memakai baju berwarna kuning Bersih 2.0, mungkin boleh diterima akal kalau ianya berlaku sebelum perhimpunan itu dibuat. tetapi, apa yang tak boleh diterima akal apabila tangkapan itu berlaku selepas berlangsungnya perhimpunan Bersih 2.0. Apalah sangat kalau setakat 2 hingga 3 orang yang memakai baju Bersih 2.0. Nampaknya pemikiran polis kini sudah "dikotorkan" dengan doktrinisasi UMNO Barisan Nasional tentang Bersih 2.0. Takkanlah langsung tidak ada dari kalangan pegawai polis yang masih berfungsi akal mereka.

Melihat kepada situasi yang berlaku di sabah hari ini,memang jelas terpampang situasi "telur dihujung tanduk" kerajaan zalim Barisan Nasional. Walaupun umum tahu bahawa Sabah adalah fix deposit kepada kekalnya tahta kekuasaan kerajaan zalim BN UMNO, namun kelibat dan tindak tanduk polis membuktikan bahawa teori itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ketakutan Bn semakin memuncak. Kepada polis-polis Sabah, usah risau. andai ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara ini, polis-polis akan diberikan layan yang baik bahkan lebih baik dari apa yang diberikan oleh kerajaan BN UMNO.

Kepada Pemuda PAS Sabah, teruskan berjuang demi mempertahankan keadilan dan nilai bersih dalam pemerintahan negara ini. Sesunggunya pertolongan Allah sangat dekat. We stay side by you...Takbiiirrr!

Saturday, July 9, 2011

Tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya.

Ahli falsafah Yunani Plato berkata bahawa “kita boleh memaafkan kanak-kanak yang ketakutan ketika gelap; tragedi hidup yang sebenar ialah apabila manusia takutkan cahaya”.
Ia akan muncul di Malaysia, di mana lelaki yang memegang jawatan tinggi takut untuk berdepan dengan sekumpulan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk memperjuangkan hak- hak asasi mereka untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat dalam menangani permasalahan seperti kelemahan pilihan raya. Saya ingin mengulangi pendirian DAP dalam menyokong demonstrasi secara aman dan mengutuk demonstrasi ganas.
Perbuatan mengeluarkan perintah sekatan ke atas 91 individu, dengan menghalang mereka daripada berhimpun dan tidak membenarkan mereka memasuki kawasan- kawasan tertentu di Kuala Lumpur pada Sabtu ini adalah tidak masuk akal dan mendedahkan ketakutan yang tidak rasional kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein dan pihak polis.

Kami bersetuju bahawa konflik dan demonstrasi ganas harus dielakkan tetapi dari peringkat awal, perhimpunan Bersih 2.0 adalah merupakan perhimpunan aman. Sememangnya tidak ada unsur keganasan, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak polis dan kerajaan yang menggambarkan sebaliknya.
Malah, perhimpunan Bersih 2.0 telah mendapat perkenan diraja apabila Yang di- Pertuan Agong sendiri menimbang tempat yang sesuai untuk orang ramai kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberikan persetujuan diraja untuk mengadakan perhimpuan di mana-mana stadium yang penganjur Bersih inginkan.
Perdana Menteri sendiri telah menasihatkan Bersih untuk menggunakan stadium, tetapi, pada hari ini kita dapati bahawa barisan Kabinet khususnya Menteri Dalam Negeri tidak memahami arahan mudah ini. Bukan sahaja mereka tidak membenarkan Bersih untuk menggunakan mana-mana stadium di Lembah Klang, malah, mereka kini telah mengeluarkan perintah sekatan ke atas 91 individu termasuk semua pemimpin Bersih. Ini tidak termasuk penahanan sewenang-wenangnya 193 orang sejak beberapa minggu lepas termasuk 6 dari PSM di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960!
Apa yang telah berlaku di negara kita apabila pemimpin kita dianggap seperti orang asing di tanah kita sendiri?
Senarai individu yang dihalang bukan sahaja pemimpin Bersih, Datuk S.Ambiga tetapi juga Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ahli EXCO Negeri Selangor, Teresa KOK, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan pemimpin- pemimpin PR yang lain. Bagaimana begitu ramai pemimpin yang telah dipilih di negara ini ditahan kerana kononnya mempunyai elemen-elemen bahaya?
Jangan kita pernah lupa bahawa bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk Ambiga Sreenevasan telah dikurniakan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa oleh Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Michelle Obama. Pemimpin- pemimpin dunia mengangkatnya sebagai wanita yang berani tetapi di Malaysia, beliau dicerca sebegitu teruk dan dianggap sebagai musuh awam di mana pemimpin-pemimpin UMNO mendesak agar kerakyatan beliau dibatalkan.
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur:

Kebangkitan Rakyat Dari Bersih 2.0: Selamat Tumbangkan UMNO Barisan Nasional

Sabtu, 9 Julai 2011 telah membuatkan Bandaraya Kualau Lumpur bagai pekan yang sudah mati. Sejak awal pagi lagi, ribuan buah kedai ditutup hinggalah hari petang. Kelihatan puluh ribu anggota polis berkawal di setiap jalan-jalan utama dan tempat-tempat awan yang biasanya menjadi perhatian dan kunjungan warga kota. Namun, hari ini Kuala Lumpur seolah-olah ditawan oleh suatu puaka yang sangat menakutkan. Apakah ini disebabkan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 akan tetap dijalankan walau pun mendapat larangan pihak polis. Walaupun penganjur Bersih 2.0 telah berulang-ulang kali mengulangi janji mereka bahawa perhimpunan tersebut adalah berlansung secara aman dan santai sahaja. Tidak ada sebarang kerosakan akan wujud. Perhimpunan yang berasaskan kepada slogan yang dibawa iaitu "Walk For Democracy".

Kuala Lumpur Diselubungi Lembaga Hitam
Hari ini, Kualau Lumpur diselubungi lembaga hitam sebagaimana yang pernah berlaku dalam tahun 1998 era kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman kerajaan Mahathir yang menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bahkan lembaga hitam untuk kali ini lebih dahsyat. Polis yang membanjiri Kuala Lumpur dengan pakaian blue black mereka menjadi kegerunan rakyat termasuk para peniaga yang menjalankan urusan perniagaan mereka di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Semua polis dari seluruh negara dikerahkan untuk turun berjaga dan berkawal di Kuala Lumpur. Kehadiran mereka dengan lagak seperti menyambut ratusan ribu penjenayah dan terroris negara. Melihat kepada persiapan barisan polis ini, seolah-olah negara Malaysia akan menghadapi peperangan yang sangat dahsyat dan musuhnya juga bukan calang-calangnya.


Polis Sekali Lagi Menjadi Barua UMNO dan Barisan Nasional
Sangat memalukan bagi seorang yang bergelar rakyat Malaysia dan memikul amanah menjaga keselamatan negara, polis sekali lagi mengulangi perangai samseng mereka ketika meredakan perhimpunan Bersih 2.0 hari ini. Tidak sedikit dari peserta Bersih 2.0 yang ceder, bahkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia juga mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Pantai. Mana yang dirasakan wajar dipukul, hendaklah dilanyak habis-habisan. Jangan simpan lagi... Sedangkan peserta-peserta Bersih 2.0 bukan penjenayah apatah pengganas yang membawa senjata yang merbahaya. Mereka juga warganegara ini yang mesti dihormati dan selayaknya dilayak seadilnya. Kalaupun tidak secara undang-undangnya, sewajarnya mereka dilayan sebagai warganegara ataupun dengan menepati nilai-nilai kemasyarakatan orang Malaysia yang penuh dengan adab dan sopan. Namun apa yang berlaku, peserta Bersih 2.0 dilayan sebagai penderhaka. Mereka diseret, dipukul dan dibelasah tanpa ada belas kasihan sehingga ada di kalangan mereka yang mengalami kecederaan di bahagian kepala. Apakah ini sebenarnya tugas polis? Menjadi samseng kepada rakyat yang hanya menuntut keadilan kepada pihak yang berkuasa.

Hero Hutan Berbulu Merah
Dalam celah-celah kebobrokan sistem keselamatan yang sangat mengecewakan, muncul pula dua tiga ketul hero hutan yang menyalak peserta Himpunan tersebut. Berpakaian merah kononnya ingin menjadi jaguh atas nama cintakan negara. Kenapa beria-ia sangat Khairi dan geng-geng samsengnya turun menjadi benteng kepada kezaliman kerajaan BN UMNO. Tidak perlulah Khairi mengambil kesempatan dari kesempitan yang ada dalam negara ini. Atau tak perlulah Khairi ingin mencari publisiti murahan mengangkat namanya sendiri di persada politik kotor Barisan Nasional. Terimalah hakikat bahawa dia(Khairi) sudah expired dalam UMNO. Berjuanganglah sebagai anak jantan di luar gelanggang UMNO yang sudah koyak rabak tu.



Bersih 2.0: Memory Of Truth
Setelah berbagai-bagai spekulasi dan janji-janji kosong pihak pemerintah dan UMNO BN, akhirnya Bersih 2.0 mampu melakar sejarahnya untuk ke sekian kalinya dalam sejarah tanahair Malaysia. Walaupun gagal menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong, namun semangat dan kebangkitan rakyat yang mampu diserlahkan dari perhimpunan ini ammpu menjadi momentum dan gelombang yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan zalim UMNO Bn dalam PRU 13 akan datang. Ternyata, UMNO BN masih tidak mampu melaksanakan ketelusan dalam segenap segi dalam pemerintahan mereka. Kita lihat, apakah dengan keengganan mereka akur dengan kehendak rakyat akan memungkinkan mereka terus berkuasa atau mereka terpaksa akur sebagai banduan rakyat yang akan ranap dalam pilihanraya umum akan datang. Bangkitlah wahai bangsaku. Di tangan anda ada satu kuasa yang luar biasa, iaitu kuasa menjatuhkan kuasa pemerintah yang zalim dan gila kuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...