Ahlan Wa Sahlan. Selamat Melayari Laman Blog Suara Keningau. Sebarang Maklumat sila hantarkan kepada: suarakeningau@gmail.com

Thursday, August 21, 2008

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Tinggal beberapa hari lagi kita akan puasa. Panjang umur ketemu lagi kita dengan bulan Ramadhan. Sememangnya bagi kita muslim yang taat, sentiasa ternanti-nanti akan kedatangan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, perubahan cuaca dihari-hari yang hampir ke bulan Ramadhan seolah-olah turut sama mengalu-alukan kedatangan bulan yang difardhukan umat Islam berpuasa.

Ramadhan yang pada bermaksud 'hari yang panas' adalah menunjukkan kebiasaan pada bulan Ramadhan itu cuacanya adalah panas. Tetapi sepengalaman saya, panas di bulan Ramadhan amatlah berlainan dari hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain.

Apatah lagi kita di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang tinggal di sebelah pantai barat tanahair yang sepatutnya sekarang ini merupakan penghujung kepada fenomena cuaca yang dikenali sebagai "monsun Sumatera". Iaitu tiupan angin dari arah Sumatera yang melalui Selat Melaka membawa bersamanya sejumlah besar isipadu air laut dan ditumpahkan ke negeri-negeri sebelah pantai barat.

Ramadhan petanda kekuasaan Allah

Kita lihat, antara keberkatan-bulan- Ramadhan dan fenomena-monsun-Sumatera ini telah menzahirkan kepada kita keadaan yang kita alami sekarang ini. Tetapi pada tahun ini, hujan lebat yang biasanya berlaku pada bulan Ogos tidaklah sekerap tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ada rahmat disebaliknya.

Ini kerana dalam seminggu dua ini sahaja sudah banyak kes banjir kilat yang berlaku di sekitar bandar-bandar besar di negeri-negeri pantai barat kita. Kalau hendak dicontohkan di sini, kejadian banjir di Shah Alam adalah yang paling tepat.

Petanda kekuasaan Allah ini mungkin adalah penyingkap kepada petanda-petandaNya yang lebih hebat kepada insan yang mahu berfikir. Telah kita semua maklum bahawa, bulan Ramadhan yang bakal menjengah kita adalah bulan untuk kita memerah keringat. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah dan di sana terdapat banyak kesempatan yang tiada pada bulan-bulan yang lainnya.

Hebatnya bulan Ramadhan, kita diwajibkan berpuasa. Bukanlah WAJIB itu suatu paksaan. tetapi Mestilah kita memandangnnya dari aspek kasih sayang Allah yang mahukan kesemua hambaNya mendapat kesempatan yang paling tidak pun kita semua akan berpuasa. Paling tidak pun kita akan mendapat ganjaran dari puasa wajib tersebut.

Perlu diingat, sehari puasa wajib bulan Ramadhan tidak kan sama dengan berpuasa sunat sepanjang hayat. Maka, dari aspek itulah kita menilai kemurahan kasih sayang Allag yang dilimpahkan kepada ummat Muhammad SAW. Terutamanya ummat yang sedang berdepan dengan musuh-musuh Allah.

Perang Badar Al-Kubra

Iktibar dari perang Badar Al-Kubra yang juga berlaku di dalam bulan Ramadhan telah dinyatakan dengan jelas. Bilangan dan kekuatan yang kecil dapat mengalahkan musuh-penjajah yang berskala lebih besar.

Jika analogi yang sama kita gunakan, kita sebenarnya mampu menundukkan hawa nafsu yang menjajah kita. Apatah lagi, pakatan bersekutu nafsu-syaitan akan/sudah dileraikan sebaik sahaja Ramadhan menjelma.

Kerana ummat Islam hari ini sebenarnya bukan hanya dijajah dari luar, tetapi mereka juga ditawan dari dalam diri mereka sendiri. Jadi, langkah juang yang awal mesti diambil ialah mesti kita mampu untuk memutuskan sebarang ikatan yang menwan kita dari dalam. Barulah langkah juang ini akan kita panjangkan untuk berdepan dengan musuh yang nyata. (Sedang syaitan-nafsu adalah musuh kamu yang sangat lebih nyata)

"Sesunguhnya kita baru sahaja pulang dari peperangan yang BESAR, dan akan berdepan dengan, musuh yang lebih"

Yahudi musuh besar-nyata ummat Islam

Rejab-Syaaban-Ramadhan tahun ini merupakan rangkaian bulan yang sangat memilukan kita. Yang sebahagian besarnya mungkin terzahir dari kemuncak perancangan Yahudi laknatullah. Yahudi berhajat membentuk kesatuan Israel Raya pada tahun 2006. Mereka akan memerah segala kekuatan untuk menyembelih ummat Islam dan kekuatan ummat Islam.

Dari awal, pertubuhan Yahudi di seluruh dunia telah menyatakan kesedian mereka melalui beberapa penguasaan mereka untuk membiayai segala perbelanjaan memindahkan orang-orang Yahudi untuk kembali dan menetap di negara Palestin yang akan mereka kuasai.

Lihat saja, Perancis melalui Presidennya telah memaklumkan kepada dunia bahawa kerajaannya akan membiayai penerbangan kesemua warganegaranya yang berketurunan Yahudi untuk pulang ke Palestin. Manakala kerajaan haram Israel pula ketika itu (masih hingga kini) sedang berusaha untuk membersihkan sebahagian besar kawasan untuk menjayakan cita-cita mereka.

Bermula seawal sebelum Rejab (semasa demam Piala Dunia lagi), tentera Israel telah meningkatkan kekuatannya di Palestin untuk menidakkan penguasaan Hamas. Kemudiannya, melanjutkan serangannya kepada Lebanon (pada bulan Syaaban) dan sehingga sekarang mereka masih lagi menguatkan tindakan dan menyekat sebarang bentuk urusan kemanusiaan di seluruh Gaza.

Permusuhan yang nyata ini adalah petanda kekecewaan mereka yang amat nyata. Namun begitu dunia Islam masih gagal mempersiapkan kekuatan-kekuatan untuk menghentikan sebarang pencerobohan dan penaklukan Israel apatah lagi untuk menghukum mereka.

Begitupun, ketika itu (ini) di negara ummat Islam yang lainnya, serangan ideologi turut diperkuatkan oleh pakatan (sekutu) yang memusuhi Islam. Di negara kita misalnya, gejala murtad yang berleluasa sangat memedihkan kita. Bilangan yang dilaporkan begitu ramai sehingga mencecah angka 370,000 (statistik Joshua Project. Joshua project merupakan kegiatan freemasonry yang bertumpu di Asia Tenggara).

Sekali lagi fenomena murtad di bulan Rejab berulang sepertimana kisah Israk mIkraj yang kita ketahui. Dan bagi saya angka ini adalah tepat kerana angka ini dilaporkan oleh pihak mereka sendiri. Paling tidak laporan Joshua project in telah membenarkan apa yang telah disebut oleh Dato Mufti Perak.

Bulan Ramadhan untuk semua umat Islam dan manusia sejagat

Cukuplah apa yang kita deritakan selama ini. Jika Rejab kita dipaparkan kekejaman Yahudi yang berganda kepada ummat Islam dan ummat manusia di Palestine. Manakala di bulan Syaaban pula kekejaman Yahudi yang berganda itu dipanjangkan ke Lebanon.

Biarlah kita ummat Islam yang menamatkan kekejaman ini. Biarlah kebenaran yang menundukkan kebathilan. Biarlah cahaya yang terang itu menyuluh-terang kegelapan. Biarlah keadilan itu yang menghilangkan pedih kezaliman. Biarlah Islam yang memimpin dunia untuk menghentikan segala kejahatan dan tindakan keganasan ini.

Cukup sudah daerah Islam kita tidak punya khilafah yang sepatunya memerintah. Dan, cukup sudah dunia ini dipimpin oleh fahaman yang sama sekali tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kita mulakan dari kebangkitan Islam yang sedia mula ini. Arus kecil ini kita ketengahkan untuk kita semua mendapat tempiasnya.

Moga Ramadhan kali ini akan menjadi pemula kepada dunia baru yang dipimpin oleh Islam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...