Baru-baru nie, saya sempat menjengah sebuah masjid di sebuah bandar kecil di Keningau nie iaitu Masjid Bingkor. Kedudukannya di pekan Bingkor bersebelahan dengan Pusat Kesihatan Bingkor memberikan satu harapan baru Islam kepada masyarakat Bingkor untuk menikmati keadilan dan kemanisan agama Islam. Saya difahamkan bahawa masjid ini baru sahaj digunakan setelah masjid yang lama itu terlalu dhaif untuk digunakan lagi.
Dahulunya pada Masjid Bingkor,
Apa yang menarik perhatian saya apabila saya tiba di sini suatu ketika dahulu, masjid yang berstatus Masjid Pekan berada betul-betul di belakang Gereja Catholic di Bingkor ini. Pada saya, satu kedudukan yang sangat tidak adil. Tambahan pula, dengan jasad fizikalnya yang menyedihkan dinggelamkan lagi dengan bangunan gereja yang besar berada di tepi jalan menutup ruang penglihatan ke arah masjid seolah-olah menggambarkan bahawa begitulah masyarakat Islam di Bingkor seperti mana keadaan masjidnya. Saya dimaklumkan lagi bahawa masjid itu pula adalah inisiatif seorang yang bukan beragama Islam suatu ketika dahulu. Amat malang sekali kerana pada ketika itu, pemimpin masyarakat di peringkat negerinya dan negaranya pada ketika itu adalah beragama Islam.
Usaha untuk menikmati Masjid yang lebih baik mendapat bantahan dari pihak-pihak tertentu. Sewaktu penyerahan tanah 3 ekar tersebut kepada pihak Masjid Bingkor, ia telah mendapat tentangan dari masyarakat Bukan Islam di situ. Pelbagai halangan yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat islam di sini demi meneruskan usaha yang pernah suatu ketika dahulu pernah dilakukan oleh rasulullah s.a.w. Saya berkata dalam hati: Teruskan usaha kalian. Kerana dalam usaha ini pasti ada bantuan dari Allah. Saya teringat pesan Allah dalam al-Quran:
Jika kamu membantu agama Allah, pasti Allah alkan membantu kamu dan menetapkan kedudukan kamu.
Kesedaran masyarakat Kg Bingkor, keadaan dhaif ini mahu ditamatkan. Alhamdulillah, akhirnya masjid baru itu dibina dengan menelan belanja sebanyak RM 290 000.00. Masyarakat Islam Bingkor kini mampu menunaikan solat dengan sempurna dan menghidupkan amalan solat berjamaah dengan lebih meriah.
Dalam sembang-sembang saya bersama masyarakat di sana, terlihat saya satu harapan yang besar dari Pegerusi Masjid iaitu En. Azmin yang mengidamkan agar masjid Bingkor akan menjadi sinar kepada masyarakat Bingkor ke arah memperoleh hidayah Allah. Katanya lagi masih banyak sumbangan diperlukan bagi memenuhi beberapa keperluan masjid.
Segala sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun Maybank atas nama Masjid Bingkor no akaun: 300098488059
1 comment:
Bingkor dalam kenangan...akak dah sampai sini.
Post a Comment